Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HATI-HATI MUSIM PANAS NI


12,363 jemaah haji Malaysia berada di Makkah
menara makkah

KUALA LUMPUR - Seramai 12,363 jemaah haji Malaysia kini berada di Tanah Suci Makkah, sebelum menjelangnya hari wukuf 9 Zulhijjah yang dijangka pada 10 Sept ini.

Timbalan Pengarah Gerakan, Operasi Haji Tanah Air Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, jumlah berkenaan adalah kira-kira 55 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,320 jemaah haji negara bagi musim haji 1437 Hijrah.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Operasi TH berkata, setakat hari ini, sebanyak‎ 30 penerbangan haji telah berlepas ke Madinah dan Makkah daripada keseluruhan 47 penerbangan haji.

"Daripada jumlah itu, 25 penerbangan yang membawa jemaah telah selamat tiba di Madinah dalam tempoh bermula dari 4 hingga 17 Ogos lepas.

"Kumpulan terakhir seramai 487 jemaah kita di Madinah juga telah bertolak ke Makkah pada Khamis 25 Ogos 2016, 7.00 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Adi Azuan berkata, lima penerbangan membawa jemaah terus ke Jeddah pula sudah berlepas sejak 20 Ogos lepas sementara baki 17 penerbangan akan menyusul dengan perjalanan terakhir dijadual tiba di Jeddah pada 5 Sept ini.

Katanyan, ktiviti jemaah kini tertumpu kepada ibadah umrah selain  mengikuti beberapa siri taklimat berkaitan ibadat haji sebelum menjelangnya hari wukuf nanti.

"Pihak Tabung Haji pada masa sama menasihati jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan bagi persediaan untuk melaksanakan ibadat haji semasa hari wukuf nanti.

"Mereka juga disaran agar terus merujuk kepada petugas Tabung Haji sekiranya terdapat sebarang kemusykilan," katanya. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.