Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI CINA GUNAKAN SYARI'AT ISLAM SEBAGAI ALAT POLITIK ? SEBENARNYA SATU PENGHINAAN !


MCA, DAP, Gerakan guna hudud rebut sokongan
Hudud

KOTA BHARU - Isu hudud digunakan oleh MCA, DAP dan Gerakan untuk mendapatkan pengaruh politik khususnya sokongan rakyat bukan Islam.

Naib Presiden Pas,Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hudud menjadi isu besar apabila tiga parti itu menjadikan ia 'batu loncatan' untuk berebut mendapatkan sokongan dan pengaruh masyarakat Cina.

"Benda ini kena letak dari segi akademik dan objektifnya bukan emosi, ini isu orang Islam kenapa dibesarkan seolah-olah  untuk menggugat bukan Islam.

"Kita bercakap dalam konteks orang Islam, malah tindakan Persatuan Hokkien buat pungutan tandatangan tanda bantahan tidak sepatutnya walaupun itu hak dia. Isu ini berkaitan Islam, langsung tiada kena mengena dengan mereka (bukan Islam),"katanya kepada media.

Terdahulu Mohd Amar menghadiri Forum Penjelasan dan Dialog Pindaan RUU 355 kepada pemimpin masyarakat dan NGO bukan Islam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jahaeaik), Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan Persatuan Tionghua di sini, semalam.

Turut serta, Setiausaha Agung Pas merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat,Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam pada itu,Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jika benar hudud berjalan di bumi Malaysia ia tidak memberi kesan kepada kepada bukan Islam.

Malah katanya,bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh membicarakan pesalah bukan Islam.

"Bagi saya hudud atau Pindaan RUU 355  bukan isu jika ia tidak dipolitikkan,"katanya.

Mengulas mengenai forum tersebut, beliau berkata,program dialog seperti ini perlu diadakan secara berkala dalam apa-apa isu yang menyentuh masyarakat bukan Islam.

"Jika ada isu kita boleh bersemuka dan memahami apa persoalan dalam kalangan bukan Islam di Kelantan.

"Kesimpulan forum secara umumnya sangat positifwalaupun ada yang tidak setuju,  kita tidak paksa untuk bukan Islam setuju  sekurang-kurangnya boleh dengar  pandangan masing-masing,"katanya.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Harap non muslim faham dan tak keliru dgn helah politik pihak tertentu yg tidak brtanggungjawab.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.