Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HINANYA MELAYU KERANA GAGAL BELA AGAMA


Wacana ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’ hari ini
Wacana ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’ hari ini
Wacana Sinar Harian siri ke-40.

SHAH ALAM - Perubahan iklim politik tanah air saban hari semakin sesak dan tidak terurus malah turut menyumbang kepada perpecahan khususnya melibatkan rakyat di negara ini.

Selain itu, kewujudan parti-parti baru di dalam negara sejak kebelakangan ini turut menimbulkan andaian sesetengah pihak bahawa ia hanya akan melemahkan majoriti dan juga penguasaan masyarakat Melayu.

Dalam usaha menangani isu ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah menyediakan pentas khas buat para panel jemputan untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Bagi membincangkan mengenai isu ini, Wacana Sinar Harian Siri ke-40 hari ini yang berlangsung di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam hari ini akan membawakan tajuk ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’.

Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini juga akan membawakan beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof, 1/7 Pengasas Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Srikandi Keadilan, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).

Dalam pada itu, orang ramai yang berminat untuk bersama-sama menyertai program ilmu ini boleh berhubung terus dengan Laila di talian 019-3310211, Mohd Fazli 019-2808492 atau Nurkhairini 0193371066 untuk sebarang keterangan lanjut.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.