Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MCA bidas kenyataan Zainuddin
Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin
 
MCA kesal dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa MCA hanya menunggu masa untuk dikuburkan dalam PRU14.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon memberitahu, beliau rasa simpati terhadap Zainuddin kerana terpaksa meluahkan kenyataan-kenyataan tidak berasas demi mendapat publisiti murahan.

“MCA tidak akan leka dan akan terus berusaha mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN dan akan terus berusaha mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut membidas kenyataan bekas Menteri Penerangan itu yang jelas menunjukkan hanya ingin mengampu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"MCA tidak pernah terlibat ataupun berminat campur tangan persengketaan parti politik lain.

"Selain perlu mengkaji kelemahan sendiri, kegagalan MCA, MIC dan Gerakan pada hari ini juga mempunyai kaitan dengan parti-parti komponen lain, terutama sekali seperti kenyataan ahli-ahli Umno seperti Zainuddin ini yang berbau perkauman," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.