Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PALING RAKYAT BENCI BILA ORANG POLITIK DIPERKUDA OLEH PARTI SEKULAR


Jangan sampai rakyat benci negara sendiri
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Syazni Munir Muhd Ithnin
Syazni Munir Muhd Ithnin

SHAH ALAM - Pemimpin sekarang jangan terlalu selesa berada di puncak kerana rakyat bukan sekadar meluat kepada keadaan politik, tapi rakyat juga meluat dengan negara sendiri, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Syazni Munir Muhd Ithnin berkata, rakyat kini sudah cukup meluat dengan pemimpin yang menyebabkan krisis dan masalah melanda negara ini.

Katanya lagi, pihaknya tidak mahu rakyat membenci negara sendiri kerana kesilapan pemimpin negara yang gagal mengurus tadbir negara.

"Bulan ini bulan Kemerdekaan. Berapa ramai rakyat yang kita lihat kibarkan bendera Malaysia bulan ini? Ini menunjukkan rakyat makin meluat dengan negara.

"Kita tidak mahu negara selepas ini menjadi negara yang menjadi kacau bilau di mana rakyat berani turun ke jalanan untuk menghalau pemimpin. Itu sudah dikira sebagai tindakan yang lebih radikal," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-40: "Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?"", di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Syazni turut mengingatkan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan terlalu selesa mempermainkan polemik agama kerana akhirnya rakyat yang akan marah.

"Apabila polemik perkauman dan keagamaan dimainkan oleh parti-parti politik, akhirnya rakyat juga yang terheret.

"Negara sudah sampai ke peringkat bahaya. Negara sedang alami perubahan dan situasi itu mungkin tidak disedari oleh kita," katanya lagi.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.