Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK LAKSANAKAN RUU KENA BINCANG DENGAN CINA, MERDEKA !!!

KERAJAAN DISARAN MEMBUAT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN NEGARA PASAL 3 BAGI MEMBOLEHKAN HUKUM HUDUD DI NEGARA INI - Pak Karamu


Pas sedia temu Persatuan Hokkien
Pas sedia temu Persatuan Hokkien

PERSATUAN Hokkien Malaysia mengesahkan Pas telah menghantar surat jemputan kepada persatuan itu untuk mengadakan perbincangan mengenai isu hudud pada 18 September ini.

Bagaimanapun kata presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa, beliau masih belum membalas surat jemputan itu kepada Pas.

"Pas menyerahkan kepada persatuan kami untuk memilih tempat mengadakan perbincangan itu. Tetapi kami belum buat apa-apa keputusan lagi," kata Chai Kaa seperti apa yang dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, dalam sesebuah negara, ia tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berlainan, jika tidak, ramai pelabur asing tidak akan lagi menanam modal di negara kita.  

"Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya semata-mata untuk memenuhi keperluan satu agama tertentu. Kalau hukum hudud diluluskan, negara kita akan mempunyai dua sistem undang-undang sehingga boleh mencetuskan pelbagai masalah yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Chai Kaa berpendapat, setelah negara kita mencapai kemerdekaan sejak 1957, semua rakyat berbilang kaum sudah semestinya tidak mahu kehidupan mereka terjejas akibat masalah agama.

"Walaupun Malaysia mempunyai lebih daripada 60 peratus terdiri daripada rakyat yang beragama Islam, tetapi bagi lebih 30 peratus rakyat daripada bukan Islam seharusnya turut dilayan dengan adil.

"Saya tidak faham kenapa Persatuan Hokkien Malaysia boleh dituduh melakukan hasutan kerana sebagai negara yang berdemokrasi, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara," kata beliau lagi.

Persatuan Hokkien Malaysia ketika ini melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan Akta 355 dan kempen ini bakal ditamatkan pada 20 September depan dan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen.

Persatuan ini yakin mereka akan dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini.
Tidak dibenarkan guna drone

Orang ramai diberi amaran agar tidak menggunakan drone ketika sambutan Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi China Press berkata, larangan ini dibuat demi memastikan keselamatan pengunjung, dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, disebabkan jumlah yang ramai akan menyertai perarakan perbarisan pada majlis tersebut, oleh itu, ia tentu akan mendatangkan ancaman keselamatan kepada orang ramai dan peserta perarakan sekiranya drone itu mengalami masalah ketika jatuh ke bawah.

Zainol menegaskan, sama ada orang perseorangan mahupun pihak media, semua pihak adalah ditegah menggunakan drone sepanjang majlis sambutan diadakan.

Kes rogol, bunuh 28 tahun lalu selesai

Polis China mendakwa satu siri rogol dan bunuh sejak 28 tahun lalu akhirnya diselesaikan setelah suspek terbabit berjaya ditahan Jumaat lepas.

Menurut akhbar Beijing, suspek yang dikenali sebagai Kao ChanYo, 52, ditahan dalam sebuah kedai runcit yang diuruskan bersama dengan isterinya di sebuah pekan di daerah Gansu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan polis, Chanyo mengakui telah merogol dan membunuh 11 gadis antara tahun 1988 dan 2002.

Suspek mengakui dia biasanya akan memburu gadis yang memakai baju merah sebagai sasarannya, kemudian akan menjejaki mereka hingga ke rumah lalu merogol dan membunuh mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.