Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMIMPIN UMNO SEKAT PEMBANGUNAN KELANTAN JADI PRO PEMBANGKANG


Sekat pembangunan Kelantan, Pemuda Pas gesa siasat
Nazman Che Iberahim
Nazman

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menggesa supaya Umno menyiasat dakwaan yang mana adanya pemimpin parti itu sengaja menyekat pembangunan daripada kerajaan pusat di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Nazman Che Iberahim berkata, Umno Kelantan harus segera menyiasat dakwaan tersebut yang menggambarkan adanya pimpinan parti itu masih mengamalkan budaya politik lapuk dan tidak matang.

“Sudah tiba masanya para menteri dari Kelantan menambahkan usaha untuk membangunkan negeri ini atas semangat anak Kelantan.

“Budaya politik sempit kepartian serta janji pembangunan bersyarat iaitu undi Umno untuk pembangunan perlu ditinggalkan dalam era baru ini. Pengundi sudah bijak dan memiliki maklumat di hujung jari sahaja pada zaman ini,” katanya.

Nazman berkata, antara perkara yang sedang diperkatakan kini adalah akan wujudnya gerakan untuk menggagalkan atau melewat projek pembinaan lebuh raya sedangkan perbincangan secara matang membabitkan kedua-dua kerajaan sudah mencapai kata putus terbaik.

“Ini yang menggusarkan rakyat. Sebabnya sudah tentulah pembangunan lebuh raya ini akan memudahkan urusan dan menambahkan keselesaan anak perantau yang pulang ke kampung setiap kali musim perayaan dan cuti.

“Semestinya rakyat Kelantan yang bijak akan tahu bahawa kerjasama yang erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menatijahkan hasil terbaik untuk semua,” katanya.

Namun katanya, jika benar wujud individu dan parti yang berfikir secara dangkal berusaha ke arah menggagalkan projek pembangunan di Kelantan maka, itu adalah berita buruk untuk rakyat.

Tambahnya, sekiranya dakwaan tersebut benar, maka rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya yang secara konsisten terus memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri ini.

Walaupun berdepan kesukaran untuk mentadbir negeri khasnya peruntukan kewangan yang terhad, namun sentiasa memikirkan inisiatif demi kepentingan rakyat.

Antaranya kata beliau, adalah dengan gagasan politik matang dan sejahtera yang membawa pentadbir negeri berbincang bersama semua pihak termasuklah kerajaan pusat.

Katanya, sejarah hitam tidak perlu lagi berulang dalam era politik moden dan rakyat tidak lupa kejadian 30 Januari 2008 yang mana bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan didakwa telah dipaksa pemimpin Umno supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh kerajaan pusat kepada Kelantan.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

happy 123 said...

coach outlet
giants jersey
new balance shoes
mlb jerseys
pittsburgh steelers jersey
atlanta falcons jerseys
oakley sunglasses
polo ralph lauren
michael kors outlet online
christian louboutin sale
20170806

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.