Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAPAT PERAK JE !


Beregu lelaki hadiah pingat perak buat negara



Goh V. Shem-Tan Wee Kiong
Goh V. Shem-Tan Wee Kiong


HASRAT pasangan beregu lelaki negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying untuk menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Rio tidak kesampaian setelah mereka ditewaskan pasangan nombor empat dunia dari China, Zhang Nan-Fu Haifeng, 16-21, 21-10, 23-21, dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada set pertama, pasangan negara yang menduduki ranking ke 12 dunia dilihat mudah mengatur perlawanan lantas berjaya menundukkan gandingan dari China tersebut.

Dalam set kedua, beregu China lebih agresif mengatur permainan dan menyebabkan pasangan negara melakukan kesilapan serta memberi mata  buat pihak lawan.

Pada set ketiga, V Shem dan Wee Kiong beraksi dengan baik namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Zhang Nan-Fu Haifeng meraih kemenangan pada set penentuan tersebut.

Selain daripada itu, pasangan China turut menggunakan peluang serta ruang yang terhidang dengan sebaiknya sehingga memaksa regu negara bekerja keras untuk mengekang kemaraan mereka.

Walaupun tewas di pentas akhir, gandingan negara sudah menunjukkan prestasi yang baik dan turut mencipta sejarah baru dalam sukan badminton negara.

Sewaktu aksi separuh akhir sebelum ini, V Shem dan Wee Kiong menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.

Sebelum pertemuan beregu lelaki berlangsung, pemain perseorangan harapan negara, Datuk Lee Chong Wei turun menggalas cabaran negara dan berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan seteru utamanya, Lin Dan, 15-21, 21-11, 22-20.

Dengan kemenangan itu, Malaysia masih mempunyai harapan untuk meraih pingat emas setelah Chong Wei dijadualkan bertemu pemain nombor dua dunia, Chen Long dalam aksi yang akan berlangsung esok. 

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying sebelum ini turut menghadiahkan negara pingat perak setelah tewas kepada pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliana Natsir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.