Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEH BINCANG, TAK DA MASALAH KECUALI DAP DAN PAN NO,NO,NO !


Pas sentiasa terbuka bincang kerjasama jatuhkan BN
Mohd Amar
Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas menegaskan parti itu sentiasa terbuka mengadakan perbincangan bersama mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu untuk menjatuhkan BN termasuk  Bersatu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun sehingga kini belum ada permohonan rasmi diterima daripada Bersatu, walaupun terdapat ura-ura mendakwa parti itu kini menagih kerjasama pembangkang.

“Kalau Bersatu ajak adakan rundingan, kita akan bincang terlebih dahulu di peringkat parti, tapi sehingga kini belum ada permohonan rasmi. Lagipun kita juga tak pernah berhubung secara rasmi dengan parti itu sebelum ini,” katanya di sini, semalam.

Namun katanya, ruang perbincangan itu dikecualikan kepada DAP dan Amanah yang disifatkan mengkhianati perjuangan parti.

“DAP pernah jelaskan pendirian mereka yang anti Pas, dan kenyataan Pemuda parti itu menghalang bercakap tentang Islam jika ingin berkawan dengan mereka, sangat bertentangan dengan perjuangan parti.

“Mana boleh! Pas parti Islam, takkan nak korbankan perjuangan semata-mata kerana desakan tersebut. Amanah ini jelas pengkhianat kepada parti,” katanya.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, katanya, Pas tidak pernah berbincang mengenainya, bukan hanya dengan Bersatu, malah mana-mana pihak sekali pun, dan sehingga kini parti itu dan PKR masih menggunakan status quo.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan yakin dapat kekalkan 32 kerusi pada PRU14, namun tidak menafikan sebarang kemungkinan (termasuk pertambahan dan pengurangan kerusi) berdasarkan kajian dan andaian dilakukan.

Dalam perkembangan berlainan, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai sempadan Rantau Panjang yang dikatakan begitu bolos dengan aktiviti jenayah, Mohd Amar mengakuinya dan menegaskan kerajaan negeri sedia memberikan kerjasama bagi menangani masalah itu.

2 orang berkata:

Anonymous said...

ko sendiri dah jatuh ko nak jatuhkan orang..tol2 x paham la hehe..keluar politik je la jgn berpolitik, memalukan agama..

Anonymous said...

Dap dgn Pan mcm adik beradik la. Dua2 tak boleh buat berkira. Dap anti islam guna Pan yg bertopeng islam utk lemahkan undi org Islam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.