Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK TERLIATKANNYA JUGA

Nawawi mohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong‎
Nawawi mohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong
Datuk Ir Nawawi. - Foto Facebook Dato Ir Nawawi Ahmad

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad membuat permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama sosialnya minggu lalu.

Menurut Nawawi, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu tersebut namun kenyataan itu menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa dinyatakannya sebelum ini.

“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

“Baginda Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Nawawi dilaporkan menulis di laman sosialnya dengan berkata Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini adalah Yang di-Pertuan Agong.


Namun begitu, Nawawi dalam kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa MO1 yang dimaksudkan adalah ‘Malaysian Official Number One’ berdasarkan soalan oleh kenalan Facebooknya bernama Allan Mor yang bertanyakan siapakah MO1 dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Dalam pada itu, Nawawi berkata, beliau dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan sekiranya perkara yang menjadi viral itu menyentuh dan mengguris hati baginda.

“Patik merasa amat kesal di atas kejadian ini dan berjanji untuk sangat berhati-hati di masa hadapan dalam membuat sebarang komen di sosial media dan berjanji untuk tidak lagi menulis kenyataan melibatkan baginda sebagai sultan berdaulat di negara ini,” katanya.

Selain itu, Nawawi turut memohon maaf kepada Majlis Kerabat Diraja Kedah atas kenyataan tersebut dan berjanji untuk tidak lagi menyentuh hal-hal berkenaan di media sosial.

Tambahnya, semua kekeliruan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh dirinya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan, parti atau pihak-pihak lain.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini meminta Nawawi agar tidak berdolak-dalik dalam isu Yang di-Pertuan Agong tersebut.

Selain itu, Majlis Kerabat Diraja Kedah turut menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kenyataan dibuat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang mendakwa ‘Malaysian Official One’ (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.

Pemuda parti Amanah Kedah juga turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum ini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kenyataan Nawawi tersebut.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.