Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TUNGGU APA KATA POLIS PULAK !


Siasat FB Global Bersih
Siasat FB Global Bersih
Abdul Rani menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Dang Wangi, semalam

KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis supaya siasat akaun Facebook (FB) Global Bersih yang mengajak golongan belia dan mahasiswa menyertai satu perhimpunan awam pada 27 Ogos ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 11.30 pagi oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gegas, Ikhlas, Kipidap, ARC dan Mam’s.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kesahihan akaun tersebut, seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, penganjuran perhimpunan itu dikatakan untuk mendesak rakyat menyokong tindakan menangkap individu dikaitkan dengan Malaysia Official No 1 (#MO1).

"Tindakan mempromosikan perhimpunan ini dengan mengajak mahasiswa berhimpun tidak wajar dan perlu dihentikan," katanya.

Difahamkan, perhimpunan itu akan diadakan pada 27 Ogos ini, dengan mengajak mahasiswa berhimpun di ibu negara, termasuk di Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mengapa libatkan pelajar? Biarlah mereka teruskan belajar dulu.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.