Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gamu kito !


'Tidak jantan' kalau asyik berpeluk tubuh sahaja'
Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor Hamzah

SHAH ALAM - Pas melihat kesungguhan kerajaan Sarawak melebihi kerajaan Terengganu dalam melindungi hasil negeri mereka agar disalurkan kembali demi kepentingan rakyat mereka.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan Umno Terengganu perlu menjadikannya sebagai contoh dan memberi ruang yang luas kepada anak negeri Terengganu mengecap semaksima mungkin hasil sumber asli.

"Pas Terengganu menggesa kerajaan Terengganu memandang serius hasil pertemuan antara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta  Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin.

"Perbincangan mereka dikatakan telah membuahkan tujuh hasil yang sangat baik bagi rakyat Sarawak. Sebaliknya, pemimpin Umno bukan sahaja tidak mempertahankan hak royalti bahkan menggadai maruah dan menyerahkan medan minyak Bertam PM 307 kepada kerajaan persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Pas Terengganu menuntut janji Umno Terengganu yang kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai lebih 41 ribu rakyat Terengganu.

"Adalah ‘tidak jantan’ sekiranya kerajaan Terengganu hanya berpeluk tubuh lalu terus membiarkan rakyat ‘melopong dan menghitung’ kehadiran warga asing di tapak petroleum Terengganu tanpa menentukan pendirian atau membuat apa-apa tindakan, untuk menjamin pekerjaan rakyat Terengganu.

"Seluruh rakyat sedang memerhatikan pentadbiran Umno memerintah sekarang yang  telah meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

Justeru itu, Pas menyeru rakyat Terengganu agar bangkit mempertahankan harga diri dan maruah negeri yang digadai Umno, sebagaimana yang telah dilakukan Sarawak dalam mempertahankan hak negeri mereka.

"Langkah ini boleh dilaksanakan dengan menyingkirkan Umno Terengganu dari tampuk pemerintahan dan Pas sebagai kerajaan menunggu sudah bersedia dan berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu yang dirampas itu," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.