Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU HADI BERSEDIA


RUU: Hadi sedia berjumpa sesiapa sahaja beri penjelasan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak pihak tertentu yang mendakwa RUU Persendirian bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu sebagai tidak kemas dan bersifat umum.

Abdul Hadi turut menyifatkan ia adalah pandangan daripada pihak yang tidak memahami perbezaan antara perlembagaan dan undang-undang secara jelas.

Menurutnya, apa yang dibawa itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum, berbeza dengan undang-undang itu sendiri.

“Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang. Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain.

Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan… mana ada perlembagaan terperinci, perlembagaan kena umumlah,” katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Kongres Rakyat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort, hari ini.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, RUU Persendirian yang dibentangkan Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu diperkemaskan kerana didakwa ada perkara tidak jelas.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendakwa bahawa ia berlaku dari sudut teknikal yang masih perlu diperbaiki dan menganggap sekiranya tidak dititikberatkan, ia boleh memberi kesan dari sudut perundangan itu sendiri.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya bersedia berjumpa mana-mana pihak untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu termasuklah Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang pernah membantah RUU sebelum ini.

MPM sebelum ini membantah RUU persendirian yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang itu dengan menganggap ia tidak sah dan tidak berperlembagaan.

“Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak (Islam dan bukan Islam),” katanya.

Abdul Hadi turut memberitahu pihaknya pernah mengadakan seminar bagi memberi kefahaman mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu dan terbaru Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) turut berjumpa pihaknya bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung RUU.

Ditanya berhubung tindakan negatif pihak tertentu yang mengumpul sebanyak sejuta tandatangan bagi menolak RUU terbabit, beliau berkata pihaknya tiada masalah dan menyifatkan undang-undang tidak menghalang perlakuan tersebut.

Walaupun turut mempersoalkan tindakan bukan Islam untuk menggagalkan pembentangan terbabit yang tidak berkait dengan komuniti itu sama sekali, beliau memberitahu bahawa tidak kurang juga yang menyokong kerana faham isu yang dibawa.

“Saya dimaklumkanlah ada orang bukan Islam yang sokong. Ada berjumpa dengan saya dan ada bukan Islam yang menyokong. Ini hak orang Islam kerana mengikut peruntukkan perlembagaan, mahkamah syariah boleh menghukum orang Islam sahaja, tidak boleh orang bukan Islam,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.