Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGHINA YANG DIPERTUAN AGONG ?

Apa sudah jadi dengan Umno?
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
 
SHAH ALAM - “Umno perlu dikebumikan jika tidak mampu mempertahankan institusi raja tetapi lebih mementingkan usaha mempertahankan presidennya,” demikian kata Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah jelik melihat ahli akar umbi Umno tidak mampu memperbetulkan Majlis Tertinggi dan kepimpinan tertinggi. Hanya kerana yang dibela tidak dapat dibela, Nawawi mengheret dan melumurkan kesucian institusi raja-raja Melayu dengan rasuah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Begitu sekali wakil rakyat Umno sedia tunduk dalam mempertahankan presiden parti. Bagaimana ini boleh berlaku kepada parti keramat orang Melayu ini?,” soal Muhyiddin menerusi Facebook rasminya.

Beliau berkata, Umno tidak lagi dapat diselamatkan sekiranya kelakuan pemimpinnya dijadikan ukuran.

 “Umno tidak mungkin diselamatkan jika parti itu tidak mampu menyingkirkan pemimpin yang  rasuah.

“Laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu oleh Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin. Terpulang kepada polis untuk mengambil tindakan,” katanya.

Muhyiddin turut menggesa Jabatan Peguam Negara menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma terhadap Nawawi.

“Pejabat Peguam Negara pernah dan sedang mendakwa penulis blog, kartunis, peguam dan pemimpin pembangkang kerana menghasut di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Gunakan akta sama terhadap Ahli Parlimen Langkawi.

“Peguam Negara mesti menunjukkan semangat sama dalam mempertahankan dan melindungi institusi ini sama seperti dilakukan dalam membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kerana menimbulkan isu berkaitan skandal tersebut.

“Semua ini kerana mahu Umno dan kerajaan bersikap telus mengenai perkara ini.

“Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat kemudiannya, membuat tuduhan setebal 136 muka surat terhadap penyelewengan dana 1MDB. Dokumen mahkamah menunjukkan tanpa keraguan bahawa firma dana pelaburan negara itu diarah oleh seorang pegawai kerajaan yang korup dan dirujuk sebagai Malaysian Official 1,” katanya.

Beliau turut mendakwa, amat malang bagi rakyat menyaksikan institusi-institusi kerajaan bertanggungjawab memantau, menyelia dan menyiasat dilumpuhkan.

“Adalah sesuatu yang memalukan bagi orang Melayu beragama Islam bahawa tidak ada mufti negeri dan ulama kerajaan yang berani mengulas mengenai skandal ini walaupun Islam menuntut amar maaruf nahi munkar,” katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.