Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA BAGITAHU, JANGAN MERAYU, SEKALIPUN BANGSA CINA HOKKIAN WAKIL CINA NEGARA


Akta 355: Pas mahu jumpa Persatuan Hokkien
Akta 355: Tindakan Hokkien cetus imej buruk pada Islam
Roslan (tengah) bersama Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri) dan Pegawai Penerangan Pas Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan pertemuan dengan  Persatuan Hokkien Malaysia bagi menjelaskan pindaan Akta 355 kepada persatuan itu.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham twrhadap akta itu terus berlaku.

"Buat masa sekarang, kami ada berhubung secara tidak rasmi. Kami masih belum menjumpai tarikh yang sesuai untuk bertemu dengan pihak persatuan," katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam sidang sama, Roslan turut menyifatkan tindakan pihak persatuan mengumpul sejuta tandatangan menentang Akta 355 mengundang reaksi buruk masyarakat terhadap imej Islam.

Roslan dalam masa sama turut menegaskan pihaknya sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung akta tersebut.

"Pintu kami sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin berbincang mengenai Akta 355.

"Kalau tak mahu datang kepada kami, kami sendiri akan pergi kepada pihak tersebut untuk memberikan penerangan," katanya.  

Sebelum ini, Persatuan Hokkien Malaysia mendakwa mereka yakin dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Persatuan itu turut menyasarkan 1,000 lagi tandatangan daripada NGO dan kira-kira 100 pertubuhan lain.

Bagaimanapun Roslan berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap persatuan itu.

Katanya, sebarang laporan polis atau tindakan undang-undang yang dibuat terhadap petisyen tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

"Kita mahu jernihkan keadaan dan bagi semua pihak faham apa sebenarnya pindaan akta ini.

"Kita tidak akan lapor polis terhadap mereka. Laporan polis tidak akan bantu selesaikan kekeruhan yang ada. Sebaliknya kita akan cuba ambil langkah untuk berhubung dan menjelaskan kepada mereka," katanya lagi.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.