Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WIRA TANPA SENJATA DALAM NEGARA DEMOKRASI


Lagu Negaraku iringini ketibaan wira negara
Lagu Negaraku iringini ketibaan wira negara
Lebih 3,000 peminat menyambut ketibaan wira negara
 
LEBIH 3,000 peminat menyambut wira wirawati negara yang pulang ke tanah air selepas mengharumkan nama negara di temasya sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.

Atlet tersebut ialah Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiony ( beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ( beregu campuran) dan ratu terjun, renang Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Turut tiba bersama pemenang pingat di Olimpik itu dari Rio adalah Nur Dhabitah Sabri, Ahmad Amsyar Azman.

Sebaik sahaja atlet melangkah tiba, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' sambil menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Barisan Kita'.

Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik Rio, namun kejayaan membawa pulang pingat empat Perak tetap menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.

Sebelum itu pesawat tersebut turut menerima sambutan 'water sallute' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Kompleks Bunga Raya untuk menerima sambutan rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pencapaian negara pada temasya empat tahun sekali ini adalah pencapaian terbaik apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.