Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI INGAT RAKYAT BODOH ?


‘Alasan menteri mengecewakan’
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Naib Presiden  PKR, Rafizi Ramli kecewa dengan kenyataan balas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwanya tidak tahu cukai minyak tersembunyi walaupun harga minyak setiap bulan ditetapkan mengikut purata harga pasaran bulan sebelum itu

Katanya, beliau menjelaskan isu cukai tersembunyi ini sejak 2014, apabila penetapan harga minyak dijual kepada pengguna didedah kepada keputusan politik yang menyebabkan rakyat rugi. 

"Isu ini mula-mula timbul Julai 2014 apabila kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah sedunia merudum," katanya dalam kenyataan, semalam. 

Katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kesempatan mengenakan cukai secara senyap kepada rakyat pada ketika harga minyak mentah merudum dibawa ke Parlimen dan ke pengetahuan umum sejak 2014. 

"Sebagai tindak balas kepada desakan, termasuk ugutan, saya dan sahabat adakan demonstrasi pada 31 Disember 2014," katanya. 

Katanya, beliau disaman Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana kritikan terhadap tindakan Najib hapuskan subsidi minyak.

Katanya, alasan Hamzah beliau tidak tahu kewujudan cukai minyak tak boleh diterima.  
"KPDNKK sendiri tahu mereka berdepan timbang tara daripada pihak saya berkaitan apa-apa keputusan melibatkan harga minyak. Selain kenyataan media berterusan, saya juga kemuka banyak soalan di Parlimen mengenai cukai tersembunyi akibat dasar penetapan harga oleh kerajaan.

"Jawapan beliau, harga ditetapkan mengikut harga pasaran purata bulan lepas bukanlah satu jawapan kerana itu diketahui umum," katanya. 

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, isu yang beliau timbulkan kini kenapa kerajaan melanggar formula ditetapkan mereka sendiri apabila kiraan berdasarkan formula (mengikut harga pasaran purata pada Julai) menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter; bukannya RM1.75 seliter yang ditetapkan KPDNKK. 

"Kewujudan harga tambahan 10 sen seliter yang dibayar pengguna sekarang bersamaan dengan cukai 10 sen seliter yang saya maksudkan sebagai cukai tersembunyi," katanya. 

Katanya, isu ini mudah dan jelas, tetapi bawa kesan yang besar kepada rakyat.

"Jika Hamzah masih belum arif bidang tugas beliau dan perkara teknikal seperti ini setelah lebih setahun jadi menteri di KPDNKK, beliau wajar letak jawatan dan serah jawatan itu kepada seorang yang tahu mengenai perkara-perkara ini.

"Jika beliau tahu, wajar beliau terbit jadual kiraan harga bulanan ikut formula sejak sistem apungan harga diperkenal agar rakyat boleh diyakinkan mereka tidak dicukai secara senyap," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.