Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNDANG-UNDANG TENTERA DI PHILIPHINE ?


Presiden Filipina ugut isytihar undang-undang tentera
Rodrigo Duterte
Rodrigo Duterte

FILIPINA - MANILA. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk mengisytiharkan undang-undang ketenteraan sekiranya sistem kehakiman negara berkenaan mengganggu usaha beliau memerangi dadah.

Sehingga kini, Duterte telah mengenakan hukuman bunuh ke atas lebih daripada 500 orang sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai presiden negara berkenaan.

"Saya akan laksanankannya (undang-undan tentera) jika ini berterusan dan ada pihak yang cuba menghalang usaha saya.

"Adakah anda lebih suka saya mengisytiharkan undang-undang ini?

"Filipina semakin musnah. Saya berdukacita kerana begitu ramai wanita dan bayi dirogol serta lelaki dibunuh hanya kerana ketagihan dadah," katanya.

Duterte berkata demikian sebagai tindak balas kepada surat Ketua Hakim, Lourdes Sereni yang mempersoalkan keputusan beliau mendedahkan nama-nama hakim dituduh terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negara itu secara haram.

Ketua Mahkamah Agong memaklumkan bahawa hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk menyelia bidang kehakiman.

Menerusi surat yang dihantar kepada Duterte pada Isnin lalu, Sereno menulis bahawa proses undang-undang perlu diikuti sebelum nama-nama berkenaan didedahkan kepada umum.

Ketua Hakim Filipina turut menegaskan bahawa para hakim juga menjadi sasaran penjenayah berdasarkan rekod di mana sebanyak 26 orang hakim telah dibunuh sejak tahun 1999 lalu.

Duterte bagaimanapun mengulangi bahawa beliau telah bersumpah untuk melindungi Filipina daripada ancaman dadah sejak mengambil alih tugas sebagai Presiden.

Selain hakim, Duterte turut menamakan pegawai-pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar dan ahli kongres yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negara itu. - Aljazeera.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.