Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJASAMA POLITIK ATAU PILIHANRAYA ?

Kerjasama Umno-Pas perlu dilaksanakan
Umno Pas
Grafik Sinar Online

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli Parlimen hari ini berpendapat kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) berkata walaupun Paa mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan Umno terutama melibatkan kepentingan umat Islam.

"Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.

"Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, semalam.

Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi saya tidak ada ruang untuk Pas ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama," katanya.

Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.

"Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Setelah melihat sejumlah anak2 muda generasi baru berkumpul dalam Bersih 5 , umno berasa gentar lalu mengajak Pas bersama mereka. Ingatlah bahawa rakyat menuntut satu kerajaan yang kredibel dalam mentadbir urus asets negara. Ingat berkerjasama dengan umno/bn tidak membawa apa2 yang boleh dibanggakan kerana terpesong dari kehendak serta harapan Rakyat.

Anonymous said...

nak bangga ngan mana2 parti politik wat pe hehehe..dah xda kerja lain?hihihi
kerja mereka parti2 politik wajib untuk raih undi majoriti,dgn itu baru mereka menang,bila wajib raih undi majoriti untuk menang,mau tidak mau semua 2x5 pembawakan hihi,sama2 barua walaupun x ngaku..sebabnya dia kena ada modal tipudaya untuk dijual supaya berjaya raih undi..
masa pilihanraya ko lempar dadu pun xpe sebab semua barua..x payah la ko buat bunyi mcm ye2 sangat dah mcm xda kerja lain hihihi

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.