Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA NAIK 20 SEN TAK PE LA, KALO NAIK 2 KUPANG PATUT LE BISING

Harga minyak naik mendadak jejaskan ekonomi negara
Minyak

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif, untuk memastikan harga minyak di Malaysia tidak naik mendadak sehingga membebankan rakyat.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menegaskan, bahawa kenaikkan harga minyak secara mendadak akan memberi impak yang tidak sihat terhadap ekonomi negara.

"Walaupun keadaan harga minyak dunia stabil tetapi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bawa beberapa polisi yang menjelaskan ketidaktentuan global yang boleh menggugat pasaran minyak.

"Saya rasa kerajaan kena ambil langkah untuk pastikan harga minyak di Malaysia tidak naik mendadaK sehingga membebankan rakyat. Kenaikan harga minyak yang mendadak dan tinggi akan menjejaskan ekonomi negara," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas senario semasa yang memperlihatkan ada kemungkinan harga runcit petrol dan diesel dijangka terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan meramalkan, dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Kerajaan kita telah menetapkan harga runcit minyak petrol dan diesel bergantung kepada apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia, manakala harga minyak mentah adalah dikira dengan dolar Amerika Syarikat.

"Oleh itu, saya nasihatkan pengguna agar bersiap sedia menghadapi situasi yang lebih mencabar lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang," kata Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group.

Sebelum itu, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini, RON 95 dijual pada harga RM2.30 seliter, RON 97 pada RM2.60 seliter dan diesel RM2.15 seliter. Ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak daripada 20 sen bagi RON95, RON97 naik 20 sen manakala diesel naik 15 sen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga minyak dijangka naik lagi]

Oleh itu Azizuddin menyarankan agar kerajaan mengawal harga minyak dengan meningkatkan pengeluaran dan penawaran minyak dalam dan luar negara.

"Namun luar negara bergantung pada polisi  Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec).

"Yang pasti kerajaan perlu memikirkan insentif lain yang boleh membantu rakyat bagi meringankan beban mereka," katanya lagi.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Minyak naik atau turun ke,Bersatu berkait dgn Pas atau tdk ke pan tetap le dibawah ketiak dap.Ya Allah selamatkan Malaysia drpd dap dan kutunya pan

Anonymous said...

Hadi ok laa duit dia byk. Pakai kereta mewah, minyak guna ron97, sebab tu hadi senyap jer. Rm90juta tu boleh bertahan sampai cucu Din Ayam.

Anonymous said...

Ya Allah, selamatkanlah kami drp parti penjual agama dan parti amalan syaitan.

Aamin Ya Rab.

Anonymous said...

Simpan janggut, pakai jubah sapu lantai, pakai minyak koledai sudah kira Islam sejati?

Master Sgp said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari
angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))>
KLIK DISINI





























































































 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.