Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Pas masih belum sahkan tahaluf siasi dengan Bersatu
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas selepas hasil pertemuan itu dibincangkan oleh majlis itu kelak.

"Setakat ini semua hasil perbincangan dan cadangan Bersatu akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan seterusnya diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Darul Niswah Dun Panchor di sini, hari ini.

Rabu lepas, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua parti.    

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung kerjasama politik diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk diteliti terutamanya dalam aspek syarak, sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau yakin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berjaya memenangi satu kerusi pun di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata, berdasarkan kajian dan maklumat yang diterimanya, hanya Pas dan Umno mampu bersaing kerana hanya dua parti ini yang dominan di Kelantan dan diterima baik oleh pengundi.

"Ini adalah keyakinan kami dan bukan niat untuk berbangga. Di Kelantan ini hanya ada Pas ataupun Umno sahaja. Saya percaya sekiranya Pas kalah, sudah pasti yang menang adalah Umno. Ini adalah keyakinan kami," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Bersatu ni bagus rupanya. Dgn pas dia berkawan. Dgn pan dan dap pun dia berkawan juga. Kiri kanan dia dapat.

Anonymous said...

Adakah zuhdi Dan nurul Islam akan menerima penasihat bersatu??

Bersediakah menjilat semula kahak sendiri??

HAFIZUL BIN HAZIQ said...

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia

Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785k yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440k telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.