Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARU TAHU DAP PARTI SESUMPAH

WA,WA DAP MANYAK JAHAT !
 
-Pak Karamu-
 
 
Dua Adun DAP serah surat makluman keluar parti
Dua Adun DAP serah surat makluman keluar parti
Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada DAP Melaka bertindak keluar parti, semalam. Mereka ialah (dari kiri) Adun Bachang Lim Jak Wong, Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Adun Duyong Goh Leong San dan Adun Kesidang Chin Choong Seong. - Foto Bernama
 
MELAKA - Dua Adun Melaka yang mengumumkan keluar daripada parti DAP semalam, menyerahkan surat makluman perkara itu kepada Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamad pagi ini.

Othman berkata Adun itu, Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choon Seong (Kesidang) datang sendiri menyerahkan surat memaklumkan mereka keluar parti kepada Setiausaha Dun Melaka, Mohd Yusof Abu Bakar pada pukul 10.30 pagi tadi.

"Selepas menerima surat rasmi ini, setiausaha dewan akan mengatur tempat duduk baharu mereka dan bukan lagi di tempat bersama Adun DAP yang lain," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri di sini.

Semalam Lim, Chin dan seorang lagi Adun, Goh Leong San (Duyong) mengumumkan keluar daripada DAP, manakala Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengambil langkah yang sama.

Othman berkata kandungan surat tersebut menyatakan mereka keluar daripada parti itu semalam dan tidak lagi mewakili DAP.   

Beliau berkata walaupun telah keluar parti, Adun Duyong, Goh Leong San tidak perlu menyerahkan surat makluman kepada Dun Melaka memandangkan beliau telah berada di tempat duduk wakil bebas sejak 28 Mac tahun lepas.

"Goh telah diletakkan di tempat itu selepas beliau meminta sendiri kepada kita sebaik digantung sebagai anggota DAP (selama setahun bermula Februari tahun lepas)," katanya.

Othman berkata kedudukan baharu dua Adun tersebut akan berkuat kuasa pada persidangan Dun akan datang pada 7 hingga 10 Mac nanti.

Jelasnya tindakan keluar parti dua Adun tersebut tidak akan mengganggu proses persidangan akan datang kerana perubahan hanya melibatkan susunan tempat duduk berikutan tidak lagi mewakili DAP.

"Mereka masih lagi diberi hak bercakap selama lapan minit ketika persidangan seperti yang diberikan sebelum ini, cuma perbezaan yang berlaku adalah mereka bebas membangkitkan isu tanpa terikat dengan DAP lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Othman berkata pihaknya telah menerima sebanyak 95 soalan lisan dan 122 soalan bertulis daripada Adun untuk persidangan Dun nanti.

"Saya harap semua Adun mematuhi peraturan dewan ketika bersidang nanti dan tidak menimbulkan kekecohan," katanya. – Bernama 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pasukan Al-Ahzab dah nk berpecah..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.