Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG HANGPA LAYAN WAHABI BUSUK NI WAT APA ?

Dituduh Parti Mengelirukan - Ini Jawapan Balas PAS Kepada MAZA.

Oleh : Syed Ahmad Fadhli (Pegawai Pusat Penyelidikan PAS )
Tuan Mufti Perlis, Mengapa Terus Terkeliru.?

1. Saya meneliti sehingga habis kenyataan terbaru Dr MAZA di FB nya yang bertajuk "Apakah Yang Mengelirukan?". Walaupun tidak secara terang menyebut nama PAS namun, secara umumnya kita faham artikel itu sememangnya ditujukan khusus kepada PAS. 

2. Elok juga kita bantu memahamkan Tuan Mufti yang sedang terkeliru ini agar dirinya tidak berterusan terkeliru dan mengelirukan ummat. Aneh bukan.? Dalam keadaan ramai Mufti yang menyokong pindaan Akta 355, Mufti Perlis memilih jalan mencipta 1001 alasan dan dalih sehingga kita pun tidak pasti pendirian dirinya samada "setuju atau tidak".?

PAS Kritik MAZA
Dr. Asri Zainal Abidin
3. Dalam artikel Dr MAZA itu, beliau menyerang PAS dalam hal;


a) " ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud."

b) "sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik."

c) "mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti."

d) "apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan"

e) "janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini."

4. Buat kesekian kalinya dipertegaskan di sini, PAS tidak pernah beriman kepada fahaman "politik suku, agama suku". PAS tidak menjadikan ideologi sekularisme, liberalisme mahupun sosialisme sebagai dasar perjuangan PAS. 

Intipati dan dasar perjuangan PAS ialah ISLAM yang syumul dalam segenap aspek kehidupan. Semenjak PAS ditubuh pada tahun 1951 sehinggalah sekarang usianya mencecah 66 tahun, PAS tidak mengubah prinsip perjuangannya seperti termaktub dalam Perlembagaan PAS.

FASAL 3: "Dasar PAS ialah ISLAM" 
 
FASAL 5: 
 
Tujuan PAS ialah:

i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

ii) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

FASAL 6. Usaha-usaha

i) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

ii) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari‟at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

5. PAS merentasi arus perjuangan yang penuh liku dan onak duri. PAS tidak pernah berubah dasar dan hala tujunya. 
Yang berubah hanyalah pertukaran kepimpinan dan orientasi pendekatan agar menepati realiti semasa. Ada masa PAS bersendiri, ada masa bergabung dengan parti pembangkang lain dan pernah sekali dalam sejarah, PAS bersama parti UMNO-BN memerintah Malaysia ini.

Dalam banyak keadaan, PAS sentiasa ditekan dan dizalimi oleh parti seteru utamanya iaitu UMNO khususnya pada era pemerintahan Tun Mahathir, tokoh idola sanjungan Dr MAZA. 

6. Dr MAZA kata PAS hanya tumpu isu Hudud sahaja.
Beliau berpandangan hukuman seperti potong tangan pencuri, rejam dengan batu penzina, pancung orang yang dituduh murtad belum kondusif untuk dilaksanakan kerana semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. 
 
Katanya lagi, kita perlu utamakan urustadbir yang baik berbanding pelaksanaan hukum. 

Soalannya mudah sahaja;

Adakah pindaan Akta 355 ini undang-undang Hudud.? 
Bolehkah Tuan Mufti tunjukkan di mana dalam teks usul yang dibentang oleh YB Marang di Parlimen yang mengatakan kita hendak laksanakan hukuman potong tangan, rejam dan pancung itu.?

Sememangnya tidak ada pun. Jadi, mengapa Dr MAZA mahu kelirukan orang lain.? 

7. Dr MAZA menuduh PAS mempolitikkan agama dan menjadikan akidah ummat sebagai taruhan. Lalu diungkit kembali isu "Amanat Haji Hadi".

Dulu UMNO sering guna modal ini untuk serang PAS.
Tak sangka pula modal lapuk ini digunapakai oleh Tuan Mufti pula.  Tidak dinafikan dalam mana-mana kumpulan akan ada yang ekstrem dan melampau. 
 
Yang salahnya, perjuangan itu atau yang melampau itu.?
Contohnya, kumpulan ISIS yang mendakwa mereka pejuang Islam. 
 
Mereka kelompok pelampau yang menyimpang dan bertindak bercanggah dengan Islam. Yang salah adalah mereka yang melampau, Islam tidak wajar dipersalahkan sepertimana yang sering Donald Trump jadikan alasan untuk serang Islam. 

8. Dalam PAS, tidak kurangnya alim ulamak yang faham mengenai Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah realiti semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan). 
 
Para Ulamak ini walaupun tidak bergelar Mufti dan bertitle PhD, merekalah yang memandu perjalanan PAS agar tidak tergelincir daripada landasan syarak. 

PAS bukan sahaja berteori tetapi mempraktikkan konsep "tadarruj" iaitu berperingkat dalam pelaksanaan. 
 
Dr MAZA bercakap seolah seandainya PAS menang hari ini, esok terus Hudud dilaksanakan seluruh Malaysia. Habis ramai yang akan dipotong tangan, direjam dan dipancung...!!! 
 
Mengapa Dr MAZA bercakap seperti suara kelompok liberal yang begitu suka menjadikan "hudud" sebagai alat menakutkan orang ramai kepada Islam.?

9. PAS berusaha untuk meminda Akta 355 ini kerana ia adalah kunci utama bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah di seluruh negara ini.

Adakah usaha untuk memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Syariah agar lebih tinggi daripada Majistret (mahkamah terendah dalam sistem Mahkamah Sivil) ini memerlukan kondusif suasana terlebih dahulu.? Kali terakhir Akta 355 ini dipinda ialah pada tahun 1984 iaitu 33 tahun yang lalu. 
 
Adakah kita kena tunggu cukup 100 tahun baru boleh mencapai tahap kondusif idaman Dr MAZA baru boleh dipinda undang-undang ini.? 

10. PAS tetap berusaha memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam di tanah air ini walau dikeji, diperli dan difitnah macam-macam daripada segenap penjuru. 
 
Samada Dr MAZA mahu menyokong atau tidak, PAS tetap terus bergerak ke depan. 
 
Kita berharap agar Dr MAZA dan yang seangkatan dengannya tidak sekadar menjadi pengkritik tegar di tepian gelanggang, hanya tahu mempertikai dan memperlekeh usaha orang lain.
Kita juga mahu bertanya, "kalau dah semua yang PAS buat tak betul daripada kacamata Tuan Mufti, maka apa pula usaha Tuan Mufti dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah.?" 

----------------

Oleh : Dr. Tanaka Mustafa (Ahli PAS)

RESPONSE DR TANAKA MUSTAFA KEPADA DRMAZA DAN DR ATTAKIRI  

1) Saya bersetuju jawapan DrMAZA secara keseluruhannya. Ia tidak menjawab secara terus DrAtTakiri, tetapi mendatangkan perihal-perihal yang lebih luas untuk kita fikirkan. Islam yang kita tonjolkan bagaimana? Lihat saudara-saudara yang baru memeluk Islam, apakah disebabkan isu hudud? Tentu tidak. Seperti DrMAZA, saya bersetuju dengan beliau dalam hal ini. 

2) Namun ada beberapa point yang agak meleset bermula daripada "Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?" "Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti. Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama." Tahukah DrMAZA bahawa golongan yang mengkafirkan orang Umno suatu ketika dahulu, semuanya telah keluar PAS dan ada yang dipecat - ada yang masuk Umno pun, menjadi penceramah Umno untuk menghentam PAS...dan mati dalam Umno. Apakah masih relevan menyindir PAS sebagai parti yang mengkafirkan orang? 

3) DrMAZA sebut "Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan. Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!" Ya, benar. Kita tak patut menjunjung perlembagaan kafir dan jahiliyah. Tetapi pendekatan PAS adalah muwajjah silmiyah. Berapa ramai yang menjadi korban fatwa? Siapa pula yang buat fatwa demikian? Ia adalah ceramah biasa. Umno angkat jadi Amanat, DrMaza angkat jadi fatwa. 

4) Point DrMAZA yang seterusnya boleh diterima. Seperti yang saya sebutkan, DrMAZA melihat dari aspek bagaimana syiar Islam itu mesti ditegakkan. Berdakwah dari sudut syiar Islam yang luas. Manakala artikel Dr At-takiri pula melihat dari aspek kecil syariat, yakni hukuman. Beliau hanya fokus mengenai isu RUU355, DrMAZA jawab dengan isu syiar yang luas, tidak menjawab dari aspek RUU355. 

5) Seperti yang disebut Dr At-Takiri, "RUU 355 adalah cadangan pindaan undang-undang bagi Akta 355 khususnya membolehkan tiga kesalahan jenayah Islam; Minum Arak, Qazaf dan Zina dihukum menurut al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 rotan dan meningkatkan hukuman bagi pelbagai lagi kesalahan Takzir daripada hanya terikat kepada 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada maksima 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan Syarie" DrMaza menjawab dengan mengaitkan hukum potong tangan kepada pencuri dengan kebajikan rakyat dan urustadbir yang baik. Ia di luar konteks RUU355 yang mahu dipinda oleh PAS. Sebatan ke atas peminum arak Muslim tidak melibatkan isu kebajikan dan ekonomi rakyat. Sebatan ke atas pesalah Qazaf juga tidak melibatkan kebajikan dan ekonomi rakyat. Begitu juga sebatan ke atas penzina 100 sebatan. Saya rasa tak ada masalah dengan pindaan tersebut. 

6) Yang menjadi masalah adalah mengkafir dan memunafikkan orang yang tidak bersetuju dengan pindaan. Saya telah jelaskan, RUU355 bukanlah hukum Allah, tetapi hukum rang undang-undang manusia yang mahu dipinda supaya selari dengan tuntutan syariat. Walaupun tidak selari 100%, ia ke arah itu - melibatkan Arak, Qazaf dan Zina. Adapun bab mencuri, ia memerlukan kajian yang lebih luas dan pendapat DrMaza harus diterima. Ia berkaitan dengan kebajikan rakyat dan urustadbir negara dan ekonomi. 

7) Akhir sekali saya mahu sebutkan, PAS ditubuhkan oleh para ulama terdahulu bukan sahaja secara pendaftaran parti politik, tetapi sebagai jemaah dakwah Islamiyyah dan gerakan Islam. Doa dan istikharah para ulama terdahulu sentiasa beriringan untuk PAS terus berjuang di atas jalan-Nya. Oleh itu PAS isnysAllah akan terus dipelihara oleh Allah. 

8 ) Lihat sahaja bagaimana orang-orang PAS yang mengkafirkan Umno dengan tuduhan kafir secara terang-terang, akhirnya mereka sendiri yang masuk Umno dan mati dalam Umno. 

9) Lihat sahaja para pemaki hamun orang yang keluar PAS dan menubuh parti baru. Lihatlah orang yang suruh campakkan dirinya ke laut China Selatan jika keluar PAS. Akhirnya mereka sendiri keluar PAS. Mereka sendiri tubuh parti baru. 

10) Jika hari ini masih ada pemaki hamun, pengkafir-pengkafir yang celupar dalam PAS, berkat doa dan istikharah para ulama terdahulu, pasti orang-orang ini akan ditendang keluar daripada PAS suatu hari nanti. Atau mereka sendiri keluar PAS. Tak kira lah samada mereka berserban atau berjubah, mahupun yang lantang berceramah. 

11) DrMAZA tak perlu highlight "ceramah parti anda". Kerana PAS tak dapat kawal ahli yang ramai. Keahlian PAS hampir sejuta barangkali. Sejuta kepala, sejuta fikrah, tidak mudah untuk diselarikan. Setiap organisasi, setiap kumpulan, pasti ada si dungu dan si bodoh yang berupaya menconteng arang kepada organisasi atau kumpulan sendiri. Anda juga akan berdepan dengan mereka dalam kumpulan anda juga kelak. Maafkan saya. 

12) Dr AtTakiri pula perlu ingat, anda perlu fahami pemikiran orang luar PAS yang pelbagai. Bukan semudah melabel semua yang menolak pandangan anda sebagai liberal. Maafkan saya. 

Sekian

8 orang berkata:

Anonymous said...

Dahsat bahasa yang kau gunkan sesuai pula dengan gelaran yang kau gunakan.

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9795] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Terbaik dr maza..pok kera mu doh panas..mcm setan

Anonymous said...

Saya setuju dgn teguran drp dr maza. Sayangnya ahki parti kita tak boleh ditegur. Kita saja yg betul sebab kita ni dah jadi penjual agama sejak tuan guru kita meninggal dunia.

Saya pasti saudara2 kita penjual agama ini akan dihukum bukan sbb kita ada banglo, velfire, bmw atau porsche, tetapi sebab kita ni kuat sifat takfiri.

Anonymous said...

Ruu 355 ni memecahbelahkan org islam nampaknya. Bila org islam mula nak bersatu, ada saja dua tiga kerat org islam jugak yg tak senang duduk. Mereka inilah penjual agama kerana berfikiran agama boleh dijadikan keldai tunggangan untuk memenuhi hajat perut dan bontot.

Anonymous said...

Syaitan tak boleh terima nasihat dan teguran. Bila ditegur atau diberi nasihat, syaitan yg duduk dlm hati manusia akan mula merapu dan meroyan2 benda2 lain walaupun benda lain tu menyimpang drp tajuk yg ditegur.

Lebih parah, syaitan yg duduk dlm hati manusia akan sedaya mungkin menggagalkan mata manusia utk mencari nas tentang dosa penjual2 agama dan dosa bersekongkol dgn kezaliman yg ada dalam surah Hud.

Bila kita tegur dgn surah Hud, syaitan di hati manusis akan menjerit2, memaki hamun, memtakfiri dan sebagainya.

Begitulah buruknya syaitan yg bersarang dlm hati manusia itu.

Anonymous said...

Pak walaun oii..Satu jari tunjuk kat org..empat jari lg tunjuk kat muka pak walaun sendiri. Bila nak bertaubat ni?

Lan said...

Kenangan silam bersama PAS....Membaca penulisan dibawah teringat masa silam sering mengikuti ceramah-ceramah Ustaz Hadi di Masjid Mujahidin Damansara Utama di tahun 1980'an...

PIMPINAN MANA YANG KIANAT KEPADA PERJUANGAN RAKYAT..!??

1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam @ (makan ayam) kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan Agama.

3. Lalu ayat Al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara dan Ust Hashim Jasin masih bertugas sebagai Pegawai Agama di Pejabat Felda Negeri Perak, Ipoh.

6. Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam.

Ayat Al-Quran tadi bukan dihala kpd Umno lagi tapi dihala kpd musuh politiknya dan musuh politik Umno (Amanah dan DAP ?)

7. Padahal, Umno yg dahulu dan kini adalah Umno yang sama dan tak berubah sedikit habuk pun. Bahkan makin teruk. Maknanya, pihak yg berubah adalah Pas.
Berubah drpd lawan Umno kpd mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku?

Jawabnya ialah Pas...Patutkah Pas yg khianat perjuangan rakyat itu menerima undi rakyat?

Mantan Ahli PAS

😂😂😂😂😂😂😂😂😂

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.