KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan sebarang penafian
 daripada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi berhubung
tuduhan yang dilemparkan Datuk Husam Musa tidak
 akan menjernihkan suasana.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 berkata, penjelasan Husam penting ketika ini bagi
merungkai segala tuduhan yang dilemparkan kepada
parti dan Abdul Hadi.

"Isunya sekarang begini. Dalam keadaan gelombang ini,
 sebarang penafian pun mungkin (tidak selesai masalah)..
. jadi yang pentingnya kita tengok apa tuduhannya.

"Jika Presiden nafi pun... contohnya tentang tuduhan
kerjasama dengan Umno, sudah berpuluh kali dah beliau
 buat penafian tapi benda itu masih diulang dan diulang
lagi.

"Jadi, saya fikir kita dengar daripada dia (Husam) dulu,"
 katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas
merasmikan program Nadwah Pemerkasaan Du'at
 (Nekad) Siri 8.0 di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas
 mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang
 untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan
 kerajaan perpaduan di Selangor namun perkara itu
dinafikan Pas Selangor.

Malah beliau juga mengkritik pentadbiran kerajaan
Kelantan melibatkan beberapa isu.

Semalam, Pas memutuskan untuk memanggil Husam
bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan
mengenai Kerajaan Negeri Kelantan selepas menerima
 laporan dari Pas Kelantan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas akan panggil Husam]

Menurut Tuan Ibrahim, Husam sepatutnya tidak

menimbulkan polemik secara terbuka seperti ini
kerana ia tidak menguntungkan Kelantan.

"Kita tidak mahu (terburu-buru). Apa bukti dia membuat
 tuduhan tersebut? Sebab Presiden tidak pernah
 membuat kenyataan untuk bersama Umno seperti
yang dituduh.

"Sepatutnya dia sebagai ahli parti, kena guna saluran
 parti dan tidak perlu timbulkan polemik secara terbuka
 sebab tidak ada apa yang menguntungkan kerajaan
negeri Kelantan. Beliau masih Adun di Kelantan," katanya
.