Kerajaan perpaduan tidak akan berulang, kata Hadi
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan
sejarah Pas menyertai parti Perikatan yang kemudiannya menjadi BN
sejak zaman 70-an tidak akan berulang lagi
Abdul Hadi menegaskan pihak yang menuduh Pas mahu bergabung
dengan parti pemerintah itu sebenarnya buta sejarah.
"Senario itu tidak akan berulang lagi (Pas sertai BN), orang yang sebut itu
(Datuk Husam Musa) tak baca sejarah dan tak lahir ke dunia lagi," katanya
dalam sesi dialog dalam Hi-Tea Konvensyen bertajuk 'Jelas Bersama
Presiden' di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
pada Jumaat lalu bahawa Abdul Hadi didakwa mahu bekerjasama dengan
Umno semasa krisis Menteri Besar Selangor, tahun lalu.
Bagaimanapun Abdul Hadi juga berkata, Pas konsisten bekerjasama
dengan semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang dalam
usaha untuk menyelamatkan negara.
"Pendekatan terkini kita ialah menjadi pembangkang yang menasihat,
yang bekerjasama dengan perkara baik dan menentang perkara tak baik
, ini sikap kita.
"Kita menentang (mereka) yang nak meruntuhkan negara, sama ada
kerajaan atau pembangkang, kita lawan semua," ujarnya.
Ketika ditanya tentang dakwaan Husam mengenai kerajaan perpaduan
di Selangor, Abdul Hadi bagaimanapun menyifatkan Adun Salor itu
sebagai ketinggalan zaman.
"Kerajaan perpaduan itu bukan masuk BN, tapi semua parti dalam
kerajaan, itu kerajaan perpaduan, yang pernah diusahakan pada 2008,
tapi oleh kerana banyak pihak tak setuju, tak jadi laa
.
jangan putar belit, BN pun dalam kerajaan, DAP dalam kerajaan, PKR
dalam kerajaan, tak ada pembangkang," katanya lagi.dalam
kerajaan, tak ada pembangkang," katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment