KOTA BHARU – Parti Amanah Negara yakin Pas akan berubah dan sudi 

bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14 akan datang.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas 
tidak seharusnya melihat parti itu memusuhi mereka kerana Amanah
 bekerja atas semangat kerjasama pembangkang melalui Pakatan Harapan.

“Sedangkan kita sebenarnya bergerak untuk mempertahankan Kerajaan 
Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

“Sikap Pas yang mengambil keputusan untuk bergerak secara sendirian,
  telah mewujudkan seolah-olah pertembungan tiga penjuru antara Pakatan
 Harapan, BN dan Pas. Walaupun begitu, kita berharap Pas akan berubah,” 
katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan,
 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan Amanah tidak boleh 
dipercayai dan berbohong kepada rakyat mengenai matlamat perjuangan 
mereka.

Menurutnya, Amanah ditubuhkan akibat daripada rasa kecewa dan hilang 
keyakinan sebahagian daripada  pemimpin dan penyokong Pas ke atas 
sikap pemimpin itu sendiri terutama berhubung hala tuju perjuangan Pas dan
 hubungannya dengan parti-parti politik lain.

Beliau berkata, Pas hari ini dilihat amat memusuhi rakan politik dari kalangan
 pembangkang, dan dalam masa yg sama mengamalkan dasar ‘mesra Umno’ 
dalam politik.

“Pada awal penubuhan Amanah, memang kita tidak bercadang untuk
 menjadikan semua parti pembangkang termasuk Pas sebagai lawan politik 
kerana penubuhan Amanah ialah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan
 oleh Pas dalam pakatan pembangkang melalui penubuhan Pakatan Harapan.

“Namun semenjak parti Amanah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2015,
 Pas tidak pernah membuka ruang kerjasama dan perbincangan secara rasmi
 dengan parti-parti pembangkang lain termasuk parti Amanah.

“Sikap Pas sebenarnya telah mencipta ruang untuk dilihat seolah-olah penubuhan
 Amanah adalah bertujuan menentang Pas, sedangkan sasaran kita ialah

 menentang BN satu sama satu melalui Pakatan Harapan,” katanya
.