Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJA PENGKHIANAT MEMANG MACAM TU

ORANG YANG PALING BODOH DALAM DUNIAPUN FAHAM, APABILA HUSAM HENTAM PAS TETIBA MAT SABU NAK GANTI PAS DI KELANTAN, RASANYA ORANG KELANTANPUN TAHU PERANCANGAN  YANG DIATUR, KECUALI ORANG KELANTAN DAH TAK SABAR-SABAR NAK NAIK ROKET, JIKA KITA BACA PERANCANGAN  JUJ MAKJUJ AMANAH ADALAH ORANG SURUHAN SAHAJA, ERTINYA JADI BARUA - Pak Karamu
 
 
Amanah dilihat mahu ‘tumpang’ kejayaan Pas
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan. 
 
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.

“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.

Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.

"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.

Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.

“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Sabar n berdoa saja la utk kawan kawan kita tu.semoga mereka kembali sedar.biarlah depa buat kerja pengkhianatan mereka.mat sabu pergi melontar tahi kemuka sendiri saja di pantai timur.mereka terpaksa buat begitu sbb pantai baratpun bagai tak menerima mereka sgt.mereka sudah berasa sakit menjadi pengkianat n org terbuang.perbuatan mereka yg menyerang pas hanya menambah kesakitan mereka sj.selama mana ayam yg terpalit tahi dap akan dpt terus berkokok.org hanya akan nampak rupa malang mereka sj

Anonymous said...

Hj hadi mu yang khianat..perbodohkan ahli2 pas..nk jadi penasihat bn konon..majlis raja2 pun dia tak heran..kau sapa hadi..

Anonymous said...

Kat kelate ni rama doh buah pauh harumanis nyo..tggu hari ngundi jah..duit staff YIK pun mu bedal..tok soh kecek bab islam lah..

Unknown said...

Pengundi kelantan tak sebengong anonymous dan penyokong pan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.