SHAH ALAM - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor,

 Wan Hasrina Wan Hassan memberi amaran kepada pimpinan DAP
 supaya tidak mencampuri pentadbiran Kerajaan Selangor.

Beliau berkata parti itu tidak mempunyai hak untuk menghalang Pas
 untuk membawa dasar parti Islam itu ke dalam pentadbiran kerajaan
 negeri.

"Dia sepatutnya tidak boleh campur tangan dari sudut kerajaan sebab
 beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan kita Kerajaan
 Selangor.

"Kita tiada sebarang masalah sama ada Pas, DAP atau PKR, kita
 boleh bekerjasama, kita boleh duduk semeja untuk berbincang,"
 katanya kepada pemberita di SACC, di sini.‎

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua
 Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini bahawa DAP perlu 
berada dalam Kerajaan Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan
 'dasar yang tidak baik' kepada rakyat di negeri itu.

Wan Hasrina juga berkata, DAP perlu menghormati agama Islam
 sebagai dasar parti Islam itu.

"Kalau ada usaha untuk menyekat Pas daripada menyuarakan dan 
memperjuangkan hudud dan sebagainya, itu perjuangan kita kerana
 dasar Pas," katanya lagi
.