Pertuduhan Khairuddin, Matthias bukan bawah Sosma
KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, pertuduhan yang
dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang tidak tergolong di bawah
Akta Kesalahan Keselamatan Sosma 2012.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian sebentar tadi.
Sehubungan itu Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk diikat jamin RM10,000 namun diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Pertuduhan yang dihadapi kedua-duanya juga akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah juga menetapkan 12 Januari untuk pengurusan kes itu.
Pada 19 Oktober, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Azman Husin memutuskan untuk merujuk kes melibatkan kedua-dua mereka ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Sosma.

Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya
Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat
melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di
beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015.
Lima lokasi tersebut termasuk Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah
Ekonomi dan Kewangan Paris Perancis; Balai Polis Charing Cross, London,
United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland; Balai Polis Wai Chon
Hong Kong; Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun
Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesekaan yang
membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
1 orang berkata:
Banyak lagi KAJ yg sesuai di pilih kepada sesuatu kes yg berkatian, kenapa tersasr jauh kepada SOSMA ??? Apa kah ini satu. Rancangan jahat yg terancang, atau kebodohan yg sengaja dilakukan atau tidak tahu Dan telus dalam mengamalkan undang2 ,. Berlakonlah sepenuhnya selagi ada hayat diDunia ini,. Namun diikhirat nanti ada lah satu Keadilan yg sebenar benarnya,..
Post a Comment