Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Abdul Hadi dibenarkan membentangkan rang undang- undang tersebut di Parlimen.

Abdul Hadi dibenar bentang hudud
Abdul Hadi dibenar bentang hudud
 
 
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan  untuk membentangkan Rang Undang-Undang  (RUU) Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. 
 
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad semalam setelah membenarkan permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh empat individu Jun lalu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui media selepas prosiding di dalam kamar memberitahu anak guamnya telah mengemukakan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 mengikut saluran betul berdasarkan peruntukan undang-undang.

"Mahkamah memutuskan Abdul Hadi selaku ahli parlimen telah melakukannya berdasarkan prosedur," katanya.

Menurutnya, mahkamah juga mendapati tiada sesiapa yang boleh menyekat mana- mana ahli parlimen untuk membawa isu ke parlimen.

"Mahkamah juga bersetuju dengan hujah kami bahawa pihak plaintif tidak menunjukkan mereka mempunyai hak untuk membawa kes ini ke mahkamah.

"Sama ada mereka ini pengundi berdaftar atau penyokong PKR tidak dinyatakan dalam mana- mana dokumen," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Prosiding Kerajaan 1956, perintah injunksi tidak boleh dibuat terhadap pegawai kerajaan.

"Dalam kes ini, pegawai kerajaan iaitu defendan ke-5, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah turut di saman," katanya.

Takiyuddin berkata, mahkamah menyifatkan kes tersebut pra matang, akademik dan andaian semata- mata.

"Ini kerana sehingga kini perkara tersebut belum berlaku," katanya.

Menurutnya, mahkamah menolak saman yang difailkan oleh Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin dengan kos.

"Namun Abdul Hadi menyatakan beliau tidak mahu kos. Begitu juga dengan Peguam Negara yang tidak menuntut sebarang kos," katanya.

Abdul Hadi, memfailkan bantahan awal pada 2 Julai lepas  mendakwa saman pemula yang difailkan keempat-empat pemohon tidak mempunyai merit.

Beliau menegaskan, sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Pada 8 Jun lalu, Mansoor, Azira, Hasbeemaputra dan Hazwany memgailkan injunksi bagi menghalang Abdul Hadi Awang dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sesi sidang Parlimen.

Permohonan berkenaan melibatkan sidang Dewan Rakyat semasa sesi penggal ketiga, mesyuarat kedua, minggu keempat dan minggu kelima antara tempoh 18 Mei hingga 18 Jun 2015 dan sebarang sesi yang akan datang di Dewan Rakyat.

Mereka menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.

Menerusi saman pemula keempat-empat plaintif juga memohon satu deklarasi bahawa pindaan tersebut jika diluluskan akan menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, bertentangan dengan Perkara-perkara 3,4,5,7,8,74 dan 77 serta Jadual  Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49(2) Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan yang mewakili Pandikar, Ismail, Ronald dan Roosme mengesahkan Abdul Hadi dibenarkan membentangkan rang undang- undang tersebut di Parlimen.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.