Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa motif 08 diungkit kembali ?

Mustafa ajak Husam, Khalid semuka
Mustafa Ali
Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.

“Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.

"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Hadi cabar Husam bersumpah

Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam  program terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.

Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun  Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.

Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan   tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.

“Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit. 

“Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), 
jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas.

Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini.

“Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Husam nak betulkan yg salah sj katanya cuma kalau sampai tahap memfitnah mmg melampau.diaorg ni tak ada modal hanya fitnah saja yg tinggal terpaksa berpaut juga atau mati tak bertanda.org nak tengelam jumpa tahipun capai

Pak Kusniadi said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau terima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.