Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG BELUM DIPECAT PASAI APA ? NAK PANCING ?

Pecat JKKK: Itu hak kerajaan negeri
Hanipa Maidin
Hanipa Maidin
 
 
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang memecat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada Pas adalah hak kerajaan negeri, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin. 
 
Hanipa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Mohd Rashid Hasnon yang mengatakan JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh Pas ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan Pulau Pinang kini yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

‎"Kita tidak boleh hendak buat apalah, kerajaan negeri berhak untuk  mengantikan mana-mana orang yang dipecat sebab Pakatan Rakyat sudah tiada lagi, kerajaan Pulau Pinang umum kini menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

"Dalam Pakatan Harapan ini Pas tiada, oleh itu  macam mana Pas hendak berada dalam itu, saya rasa ia lebih kepada soal polisi kerajaan negeri itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.


Terdahulu, Mohd Rashid berkata jawatan ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang akan digantikan dengan ahli dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam pada itu ketika ditanya adakah boleh Pas mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tindakan itu, Hanipa berkata itu terpulang kepada Pas.

‎"Saya rasa Pas boleh ambil tindakan tetapi saya tidak nampak merit untuk Pas berbuat demikian  ini soal dipecat, jawatan itu ada prasyarat pihak majikan ada hak untuk memberhentikan mereka‎," katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Apa lg sama kepala je money is king.beli beli.org tu kan byk duit bkn mcm kita miskin terpaksa tebang balak.sudah jd pembangkang bleh jd jkkk lg.jkkk tu dilantik org kg ke kerajaan negeri.org kg tak ada hak tentukan org yg mereka nak lantik.parah ini politik mafia.

agen jamkho said...

pancing memancing

jamkho kholesterol said...

jangan pancing tuk menyalahkan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.