HUSAM TAK PERLU LAGI DIDALAM PAS ATAU BIARKAN
DIA KURUS KERING DI DALAM PAS -Pak Karamu
Tuduhan Husam: Kalau Abdul Hadi nafi pun...
DIA KURUS KERING DI DALAM PAS -Pak Karamu
Tuduhan Husam: Kalau Abdul Hadi nafi pun...
KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan sebarang penafian
daripada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi berhubung
tuduhan yang dilemparkan Datuk Husam Musa tidak
akan menjernihkan suasana.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, penjelasan Husam penting ketika ini bagi
merungkai segala tuduhan yang dilemparkan kepada
parti dan Abdul Hadi.
"Isunya sekarang begini. Dalam keadaan gelombang ini,
sebarang penafian pun mungkin (tidak selesai masalah)..
. jadi yang pentingnya kita tengok apa tuduhannya.
"Jika Presiden nafi pun... contohnya tentang tuduhan
kerjasama dengan Umno, sudah berpuluh kali dah beliau
buat penafian tapi benda itu masih diulang dan diulang
lagi.
"Jadi, saya fikir kita dengar daripada dia (Husam) dulu,"
katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas
merasmikan program Nadwah Pemerkasaan Du'at
(Nekad) Siri 8.0 di sini, malam tadi.
Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas
mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang
untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan
kerajaan perpaduan di Selangor namun perkara itu
dinafikan Pas Selangor.
Malah beliau juga mengkritik pentadbiran kerajaan
Kelantan melibatkan beberapa isu.
Semalam, Pas memutuskan untuk memanggil Husam
bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan
mengenai Kerajaan Negeri Kelantan selepas menerima
laporan dari Pas Kelantan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas akan panggil Husam]
Menurut Tuan Ibrahim, Husam sepatutnya tidak
menimbulkan polemik secara terbuka seperti ini
kerana ia tidak menguntungkan Kelantan.
"Kita tidak mahu (terburu-buru). Apa bukti dia membuat
tuduhan tersebut? Sebab Presiden tidak pernah
membuat kenyataan untuk bersama Umno seperti
yang dituduh.
"Sepatutnya dia sebagai ahli parti, kena guna saluran
parti dan tidak perlu timbulkan polemik secara terbuka
sebab tidak ada apa yang menguntungkan kerajaan
negeri Kelantan. Beliau masih Adun di Kelantan," katanya
.
2 orang berkata:
Jenis penulis setan macam kau ni lah yang menjadikan Pas semakin bercelaru ,mungkin kau adalah salah seorang egen Umno yang merosakan kan Pas ,sama juga dengan Dr Zuhdi,cara kau menulis ni bukan untuk kabikan Pas tetapi makin menghancurkan Pas ,patutlah wajah kau sesuai dengan gelaran yang kau seendiri pilih ,lihat wajah lama2 dan sebut gelaran kau selalu mungkin dapat jawapanya.please prove your not robot,robot kepala bapak hang.
Post a Comment