dakwaan mengatakan beliau dijemput untuk menyertai Pas sekali gus akan
 meneruskan kerjasama dengan Umno di Selangor.

Menurutnya, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Dakwaan kata saya jumpa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 memang ada, malah saya pun ada jumpa Presiden Umno,

 Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun perkara itu (pujukan menyertai Pas)
 adalah tak benar,” katanya ketika diminta mengulas berhubung dakwaan 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyokong dakwaan bekas
 Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengenai tindakan Abdul Hadi
 cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor melalui 
Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
 Persidangan Usahawan Malaysia-China (MECC) kali kelima anjuran
 Dewan Perniagaan Malaysia-China dengan kerajaan negeri dan Bank 
Of China (Malaysia) Berhad di Dewan Jubli Perak, SUK di sini, semalam.

Mohamed Azmin yang juga menteri besar berkata, beliau sendiri tidak
 tahu-menahu berkenaan perkara itu.

“Saya tak nak cakap pasal politik, orang nak cakap apa pun cakaplah.

“Kita sebagai kerajaan negeri yang kukuh dengan barisan Exco serta 
wakil rakyat akan terus berkhidmat untuk rakyat di negeri ini. Itu fokus
 kita sekarang,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas gesaan bekas Menteri Besar, Tan Sri
 Abdul Khalid Ibrahim supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
 Keupayaan dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan Jabatan Audit Negara
 menyiasat Darul Ehsan Investment Group (DEIG), Mohamed Azmin
 yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, DEIG sentiasa bersedia
 untuk disiasat.


“Sudah banyak kali saya cakap DEIG belum beroperasi.
Kalau Abdul Khalid nak siasat juga, silakan.

Kita mengamalkan prinsip ketelusan dan ini adalah jaminan kerajaan
 negeri sejak awal lagi,” katanya
.