SHAH ALAM - Istilah 'wanita simpanan' yang digunapakai Pengarah 

Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menunjukkan ketidak
matangannya dalam berpolitik, demikian reaksi Pesuruhjaya Pas 
Selangor, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad.

"Saya nak ucapkan perkataan tersebut pun saya tak tergamak.

"Jadi seteruk mana kita dalam  berpolitik, kita tak perlu guna istilah-istilah
 sedemikian kerana ia jelas menunjukkan ketidakmatangan diri sebagai 
seorang pemimpin," katanya kepada pemberita di lobi Sidang Dewan
 Negeri, di sini sebentar tadi.

Khalid sebelum ini mendakwa wujud 'wanita simpanan' dalam kerajaan 
Selangor.

Istilah Wanita simpanan tersebut dipercayai merujuk kepada Pas 
sepertimana yang disiarkan di sebuah portal sebelum ini walaupun 
kemudiannya kenyataan itu dinafikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu
.