Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT

Lebih baik debat selepas laporan PAC
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
 
KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata debat awam mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh dibuat selagi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) belum memberi laporan rasmi siasatan kepada Dewan Rakyat.

Katanya beliau tidak menghalang debat antara Antara Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkenaan isu itu.

Adalah lebih baik, katanya debat itu dibuat selepas PAC selesai dengan siasatannya dan penyata rasmi dikeluarkan kepada Dewan Rakyat, katanya semasa menjelaskan ketetapan itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya beliau difahamkan keputusan PAC mengenai siasatan terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 19 Oktober lepas dijadual berakhir 3 Disember‎ ini.

Bagaimanapun, Tony mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perdebatan itu yang dijadual Jumaat ini selepas Pandikar Amin menegaskan Tony perlu meletak jawatan dalam PAC sekiranya mahu meneruskan hasratnya berdebat dengan Arul Kanda.

Dalam masa yang sama, Pandikar Amin menafikan beliau mengeluarkan 'gag order' (arahan tutup mulut) kepada Tony daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu 1MDB.

Beliaua berkata seharusnya Tony yang harus bertanya kepada dirinya sendiri, sama ada sebarang keterangan (mengenai 1MDB) yang dibuat baik dalam mahupun luar Dewan, adalah disebabkan kepentingan diri dan bakal menjejaskan imej PAC atau tidak.

Sebaliknya, Pandikar berkata ketetapan yang beliau buat semalam adalah demi memastikan integriti PAC serta Dewan Rakyat sendiri tidak terjejas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.