Kita tak perduli, Husam ni siapa, sejak Anuar Ibrahim masuk dalam dia bagai terpinggir dalam arena politik negeri, Dia tidak penting dalam PAS, ushanya mengkritik pimpinan dianggap sebagai anak kurang ajar atau derhaka yang mungkin kerana dia berkawan dengan pengkhianat parti, dia mungkin berani, tapi beraninya hanya kerana tiada pilihan lain melainkan menderhaka. mungkin dia akan mengundang perompak dan penyamun masuk kedalam rumahnya sendiri membuat huruhara untuk menyusahkan keluarga. Demikian pandangan kebanyakan pandangan ahli keluarga (PAS)
Sepatutnya Husan keluar dari rumahnya pergi berkawan dengan kumpulan penjahat, sesudah dia keluar dia ajaklah kumpulan jahat tu hentam PAS habis-habisan, macam pukul keluarga sendiri, kemudian bagitahu umum dia telah berjaya memalukan keluarganya, maka bertepok tanganlah agaknya sekalian musuh. Bagi orang yang ada maruah mereka menilai Husan sebagai anak kurang ajar dan penderhaka yang hanya menunggu kutukan daripada Tuhan - Pak Karamu
Kritik presiden: Tindakan Husam itu berani
SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat tindakan bekas Naib Presiden
Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sebagai satu tindakan berani dan dipercayai mempunyai asas demi
mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kebenaran dakwaan Husam itu agak
tinggi kerana Adun Salor itu tidak mungkin mengemukakan persoalan
terhadap perkara yang tidak berlaku.
“Saya tidak fikir orang kemukakan soal itu jika kes tersebut benar-benar tidak terjadi. Jadi, saya yakin bahawa apa yang dibangkitkan Husam itu betul-betul terjadi.
“Saya tidak fikir orang kemukakan soal itu jika kes tersebut benar-benar tidak terjadi. Jadi, saya yakin bahawa apa yang dibangkitkan Husam itu betul-betul terjadi.
“Jadi, apa yang dilakukan Husam itu, satu tindakan berani yang saya
percaya bertujuan untuk memastikan bahawa kedudukan Pas itu terus mantap
bukan untuk menghakiskannya ataupun cuba menjejaskan reputasi presiden
parti seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak,” katanya kepada Sinar
Online, hari ini.
Sebelum ini, Husam dilaporkan mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku
pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan
perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu
sekiranya ia tidak benar.
Menurutnya, ‘teguran keras’ Husam itu bagi memberikan gambaran sebenar
apa yang telah berlaku dan mengelakkan pemimpin tertinggi Pas mengambil
tindakan sendiri tanpa merujuk peringkat bawahan.
“Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perkara sama tidak berulang
lain kali kerana jika berulang dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak
lain di luar, seolah-olah mereka ini bersekongkol dengan musuh politik
mereka.
“Mereka dilihat sebagai tidak setia kepada parti komponen lain. Ini
boleh melemahkannya dan Husam di situ bagi memastikan pisang tidak
berbuah dua kali dan kedudukan Pas itu dapat dimantapkan ketika berdepan
dengan musuh-musuh parti yang lain,” katanya.
Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Husam bijak
mencari masa yang paling sesuai untuk mengkritik dari dalam sekali gus
menyukarkan lagi kepimpinan sekarang.
“Dakwaan-dakwaan yang dilemparkan Husam itu, hak dialah sebagai ahli
politik untuk bercakap tapi Pas perlu ambil tindakan ke atasnya
sekiranya mereka merasakan tindakan Husam itu sebagai satu ancaman dan
boleh menjatuhkan parti.
“Keadaan ini jika berterusan memang tidak elok kepada Pas. Ia
menunjukkan Pas itu lemah dan bukan sahaja sudah berpecah sebelum ini
tapi semakin membarah,” katanya.
Azizuddin juga mengakui Husam sebagai ‘berbahaya’ kepada parti kerana
dilihat sudah ‘tidak bersama’ namun masih kekal dalam Pas.
“Kita tahu berlaku perpecahan dalam Pas tapi perpecahan itu, ada pihak
yang terus keluar parti dan sertai Amanah tapi ada juga golongan yang
kalah dan menentang kepimpinan sekarang masih berada dalam Pas. Jadi,
Husam antara golongan itu.
“Golongan seperti Husam memang bahaya...duri dalam daging kerana dia tidak keluar dan menyertai Amanah tapi masih di dalam.
“Jadi, dia akan beri kesan yang besar kepada sokongan akar umbi. Bagi
saya, mungkin boleh ajak Husam berbincang bagi menyelesaikan
permasalahan yang ada. Jika tidak mampu, barulah tindakan lebih drastik
boleh diambil dan Pas perlu bijaksana dalam hal ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamatpula berkata, beliau percaya
rakyat di bawah akan percaya dakwaan Husam memandangkan Adun Salor itu
pernah menjadi orang kuat Pas.
“Tindakan itu kurang wajar kerana ia tidak mencerminkan kesetiaan
kepada parti dan juga tidak menjaga imej serta maruah parti. Beliau
sepatutnya bawa perkara ini untuk dibincang dalam mesyuarat. Jadi,
sebagai ahli parti, ini tindakan kurang bijak.
“Mungkin ia akan menjadi seperti membuka pekung di dada. Ini
menyebabkan orang luar semua percaya sebab dia bekas naib presiden Pas.
Jadi, apabila dia yang bercakap, rakyat di bawah akan percaya kerana dia
dulunya orang kuat Pas,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment