Pas kekal jadi pembangkang kerana Peristiwa Memali
SHAH ALAM – Pas menegaskan parti Islam itu akan terus berperanan
sebagai pembangkang dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik
dengan Umno dan BN kerana tragedi pembunuhan beramai-ramai ahli dan
pimpinannya dalam peristiwa Memali yang genap 30 tahun, hari ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tragedi
malang itu menjadi titik tolak kepada parti Islam itu untuk konsisten
tidak akan menyertai parti pemerintah kerana kes itu tidak diadili di
mahkamah, malah keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan.
“Peristiwa Memali ini tetap dikenang sebagai lambang kezaliman kerajaan
Umno-BN ke atas pimpinan dan ahli-ahli Pas. Sejarah sedih ini tetap
tidak akan dilupakan walaupun kerajaan pernah mengeluarkan arahan
melarang majlis memperingati peristiwa sedih ini.
“Meskipun 30 tahun sudah berlalu, kezaliman Peristiwa Memali ini akan
tetap dituntut di akhirat. Pemimpin yang terlibat dan pasukan tentera
yang menjadi alat kepada tindakan zalim ini mesti diadili,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, hari ini tercatat dalam sejarah sebagai hari yang
sangat menyayat hati 30 tahun lalu di Kampung Siong, Memali Baling
Kedah.
“Hak mereka mesti dikembalikan. Pemimpin yang terlibat mesti dihadapkan
ke mahkamah dunia sebelum mereka dihadap ke mahkamah ALLAH di akhirat.
“Sementara peluang masih terbuka, Pas berharap mereka yang terlibat
bertaubat, memohon maaf kepada waris yang terlibat dan ganti rugi mesti
dibayar,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Salah tu TITM,.. Askar tidak terlibat langsong dalam kes Mamali,..yg Terlibat 100% adalah pihak POLIS,..Simak dulu sebelum membuat kenyataan,.
Post a Comment