Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAYA KENAL DIA, DIA KENAL SAYA

Nik Abduh kpd Husam: Hanya yang istiqamah selamat
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - Hanya ahli Pas yang istiqamah dengan perjuangan parti itu sahaja yang akan selamat, tegas Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. 
 
Merujuk kepada 'kecenderungan' bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kini, hanya ‎satu nasihat daripadanya untuk sahabatnya itu iaitu terus istiqamah bersama parti.

"Datuk Husam bawa jalan dia, dia kenal saya, saya kenal dia, dia sudah pilih jalan dia jadi kita lihatlah apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika diminta mengulas serangan demi serangan yang dibuat oleh Husam kepada kepimpinan Pas termasuklah mendakwa Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Husam juga sebelum itu menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya.


Sementara itu, ketika ditanya adakah Husam akan disingkirkan daripada Pas, jawab Nik Abduh, "tengok keputusan parti... saya tidak terlibat."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.