Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SUKAR UNTUK DICAIRKAN, INILAH SEMANGAT ROH ISLAM

Pas kunci survival politik Selangor



Pas kunci survival politik Selangor


SHAH ALAM – Tindakan Pas menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menjalin kerjasama bukanlah kerana degil, sebaliknya rasional kerana parti itu tidak akan berkompromi dengan gerakan yang jelas mempunyai perjuangan berbeza. 
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, Pas lebih senang dengan pendekatan bersendirian kerana parti Islam itu yakin dengan ideologi dan perjuangan mereka.

“Pas tegas dan tidak mudah dilentur atau dicairkan Amanah, apatah lagi DAP. Pas mempunyai keyakinan kuat dan teguh. Tidak mustahil mereka bersendirian berdepan PRU14 dengan memperjuangkan kepercayaan yang menjadi asas keutuhan parti itu.

“Amanah yang akan rugi. Mereka masih mencari tapak dan penyokong serta letak duduk perjuangan dalam Pakatan Harapan. Bahkan DAP dah caturkan kerusi bakal ditandingi. Jelasnya tiada kelebihan buat Amanah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Fuad berkata, jika Pas bertoleransi dan terima cadangan Amanah, mereka akan kembali ke zaman bersama PR. Sudah tentu Pas tidak mahu mengorbankan perjuangan parti itu yang sentiasa dihalang DAP.

Menurutnya, Amanah masih kabur dalam perjuangan, sebab itu mereka sangat perlukan Pas kerana parti akan sentiasa menjadi saingan hebat buat parti serpihan itu.

“Tanpa penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan adalah cabaran besar buat Amanah. DAP awal-awal lagi dah cop lapan kerusi Pas untuk dicabar,.Jelas sekali mereka tidak yakin dengan Amanah.

“Analisis membuktikan calon Pas mendapat undi besar dalam PRU13 kerana faktor ideologi, matlamat dan calon. Perkara itu menjadi kekuatan Pas sebab itu mereka tidak kisah bergerak solo,” katanya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, beliau yakin Pas boleh bergerak sendirian di Selangor kerana kekuatan dimiliki parti itu membuatkan Pakatan Harapan masih mengharapkan kehadiran Pas.

“Walaupun PKR dan DAP kuat boleh bersama mereka (Amanah), namun Pas ialah parti yang banyak membantu mempertahankan Selangor .

“Umum maklum Pas ada jaringan jentera efisyen berbanding Amanah. Pas mempunyai peranan penting dalam percaturan politik Selangor. Meskipun DAP tidak akan senang jika Pas kembali, namun kelangsungan politik memerlukan kerjasama utuh semua parti,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir mengingatkan Pas supaya sedar siapa musuh sebenar mereka.

“Pas sepatutnya buka mata (dan sedar) musuh mereka ialah Umno-BN, bukan bekas rakan dalam PR. Saya harap Pas akan lembut hati.

“Apabila dah berkuasa sepatutnya kekalkan kuasa itu. Buat apa bercakaran? Ia membuatkan rakyat meluat dengan keegoan pemimpin,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Sebab Pas sedar dan buka mata lah Pas tak terima utk bersama pan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.