Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA MOTIF SEBUTAN CONTOH ?

DAP desak Khairuddin tarik dakwaan
Mohd Khairuddin Othman
 
 
SHAH ALAM - DAP Selangor mendesak Setiausaha Pas Selangor itu, Mohd Khairuddin Othman menarik balik tuduhan yang dilemparkannya terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 
 
Penolong Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairuddin itu tidak berasas kononnya DAP tidak puas hati Pas Selangor menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), memperkasakan institusi masjid dan memperjuangkan kewujudan Kolej Integrasi Tahfiz di Selangor.

"Saya menyeru agar beliau menarik balik fitnahnya terhadap Guan Eng dan memohon maaf atas tuduhannya yang tidak berasas itu.

"Ucapan Guan Eng dalam Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 di Kuala Lumpur pada 15 November lalu hanya menyentuh bahawa DAP perlu terus kekal dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat' dan 'tidak melaksanakan dasar yang tidak baik' kepada rakyat negeri itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Adun Bukit Tunku itu, menjelaskan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut hanya memberi contoh situasi Pas di Kelantan yang terlibat dalam skandal penerokaan balak di kawasan hutan simpan kekal.

"Beliau (Guan Eng) memberi contoh di Kelantan iaitu Adun Pas Kawasan Salor, Datuk Husam Musa telah membongkarkan skandal pembalakan di kawasan hutan simpan kekal telah menyebabkan musibah banjir di negeri itu setahun yang lalu.

"Inilah perkara jahat yang disebut Guan Eng berlaku di negeri yang dikatakan sebagai kubu kuat Pas itu, sehingga parti pembangkang Umno pun tidak berdaya mendedahkan skandal yang serius ini," katanya.

Weng San memberi gambaran sekiranya DAP keluar dari Kerajaan Selangor, sudah pasti mekanisme pemantauan terhadap kerajaan negeri itu akan menjadi lemah, maka tiada sesiapa pun yang boleh menolak kemungkinan berlakunya musibah yang sama di Selangor nanti.

"Inilah apa yang dinyatakan Guan Eng. Dimanakah beliau ada menyentuh kenaikan elaun guru Kafa, pemerkasaan institusi masjid mahupun penubuhan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?

"Malahan dasar-dasar ini juga dipersetujui oleh DAP dan PKR kerana ia merupakan sebahagian daripada dasar-dasar bersama dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam PRU13. Sebagai seorang ahli politik dan peguam bertauliah, Khairuddin pasti tahu bahawa kejujuran dalam berhujah dan perbicaraan yang berdasarkan fakta ialah kualiti yang wajib ada," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Lge sebut contoh.khairudin sebut contoh fair n squre la apa nak kecoh lg

Pak Kusniadi said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau terima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.