ANDAINYA HUSAM TIDAK MENDEDAHKAN MAKA IA JELAS SUATU MAINAN PERANG SARAF POLITIK KOTOR YANG TIDAK MENJADI, ATAU SUATU FITNAH YANG TAK BOLEH DIMA'AFKAN DAN TINDAKAN PERLU DIAMBIL TERHADAP HUSAM - Pak Karamu
Minta Husam dedahkan siapa kena ugut
KOTA BHARU - Kelab Penyokong Kerajaan menggesa Adun Salor, Datuk Husam
Musa mendedahkan senarai nama Adun yang dikatakan dipaksa termasuk
menerima ugutan bakal dikenakan tindakan sekiranya menolak usul
menaikkan elaun wakil rakyat seperti diluluskan sidang Dun baru-baru
ini.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Adnan Mohd Zin berkata, pendedahan itu
penting untuk memastikan dakwaan yang dibuat berasas atau mempunyai niat
di sebaliknya.
"Implikasi dari dakwaan (Husam) itu memberi impak yang besar terhadap
rakyat di negeri ini dan akan menimbulkan tanggapan negatif kepada
kerajaan. Kenyataan itu juga secara jelas akan menjejaskan kredibiliti
kerajaan yang memerintah.
“Husam perlu tampilkan mereka yang terlibat dan siapa yang melakukan
ugutan bagi memastikan sama ada isu terbabit benar-benar wujud atau
sengaja diada-adakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, beliau dan kunjungan kelab berkenaan melakukan kunjungan
hormat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bertemu Ketua Polis
Negeri, Datuk Mazlan Lazim.
Dalam kunjungan itu, beliau turut melakukan perbincangan dengan Mazlan
berhubung masalah jenayah di Kelantan dan mengucapkan tahniah di atas
kejayaan Polis Kelantan menurunkan kadar jenayah di negeri ini.
Adnan dan rombongan turut membuat laporan polis berhubung isu terbabit
di Balai Polis Kota Bharu dan meminta siasatan telus dapat dijalankan
berhubung perkara itu.
1 orang berkata:
Biarlah husam tu meroyan mcm kawan kawannya pan kuih tat juga.sampai masa mereka akan sedar juga tak kemananya mereka itu
Post a Comment