Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG TOLAK BAJET TAK MENGUBAH APA-APA

Tolak bajet: Isu kecil, bukan masalah disiplin
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
 
KUALA LUMPUR - Tindakan tiga ahli parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 semalam hanyalah isu kecil dan ianya bukan satu kes disiplin parti yang serius. 
 
Demikian kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sambil menyifatkan jumlah yang kecil tidak akan memberi kesan kepada parti Islam itu.

"Itu prosedur biasa, bila ahli parti tidak ikut keputusan parti, kita akan tanya mereka apa sebabnya.

"Kita juga memberi kebebasan kepada wakil rakyat kita untuk bersuara apa saja dalam Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan tiga daripada 14 Ahli Parlimen Pas yang mengundi menolak Bajet 2016 semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, pada Isnin.

Tiga wakil rakyat Pas itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.

Ketika ditanya mengenai tindakan parti terhadap tiga wakil rakyat itu, Takiyuddin bagaimanapun berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan.

"Kita belum fikir (tindakan disiplin), mereka tak ikut arahan parti, tapi bukan satu pelanggaran disiplin parti.

"Kita belum buat keputusan lagi (panggil mereka beri penjelasan), kita kaji dulu (tindakan yang boleh diambil), kita tanya khabar dulu, kita tanya penjelasan awal daripada mereka," katanya lagi.

Kerajaan semalam berjaya meluluskan bacaan pertama Bajet 2016 apabila mendapat undi majoriti menerusi pengundian belah bahagi (blok) yang dijalankan di Dewan Rakyat.

Sebanyak 128 ahli parlimen menyokong Bajet 2016 untuk dibacakan buat kali ke-2, sementara 74 menentang, sekali gus menggagalkan usaha pembangkang untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh..puak2 ulamak ni bukan perjuangkan hak rakyat..

Pak Kusniadi said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau terima kasih.

Anonymous said...

Atas keridak wala nya mereka kepada presiden
serta engkar arahan presiden yang disayangi

maka

sewajarnya mereka dipecat dari PAS

sikap ini akan menular kepad yang lain dan akan melemahkan parti

pecat tanpa simpati

Kita berprinsip dan kita perkasa
jangan gentar
jangan beralah

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Wajib wala pada pemimpin, rakyat biarlah sengsara. Rakyat tidak beri jawatan sebab pemimpin berikan jawatan dan tentukan wakil yang bakal bertanding. Nanti bila nak PRU barulah kita bela sedikit rakyat barulah rakyat pilih lagi. Nanti bila nak PRU kita bangkitkan rakyat untuk demontrasi dan hari-hari janjikan keselesaan selepas menang kita jadi penasihat pemerintah untuk dapat gaji lebih sikit. Bila gaji wakil rakyat mahal maka rakyat rasa bangga dalam sengsara. Inilah realiti sekarang tak kira bersongkok ataupun berserban yang penting diri dan keluarga lebih selesa bak kata Pengerusi PAC ' saya pun cari makan'.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.