'Gesa lebih ramai Ketua Umno tolak Najib'
SHAH ALAM - Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed
menggesa agar lebih ramai ketua cawangan Umno 'menyertainya' untuk
meminta Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan serta-merta.
Rushdan berkata, sekiranya mereka (ketua-ketua cawangan Umno) tidak
bertindak segera (meminta Najib melepaskan jawatan) maka berkemungkinan
Umno akan ditolak dalam pilihan raya akan datang.
"Saya menyerulah kepada ahli-ahli Umno dan ketua-ketua cawangan Umno
seluruh negara supaya kita lebih sayangkan parti berbandingkan kita
sayang seorang pemimpin.
"Sebab bagi saya kalau kita ada duit berbilion pun tetapi kalau kita
ditolak oleh rakyat dalam PRU14 sudah pasti tidak ada guna lagi. Sebagai
contoh di Kelantan berpuluh tahun kita tidak dapat kembalikan ke tangan
kita, Selangor pula sudah dua penggal bukan makin elok tapi makin
teruk.
"Jadi saya menyeru sangat-sangatlah kepada ahli-ahli Umno dan
ketua-ketua cawangan Umno seluruh negara supaya berdiri teguh meminta
dan memohon yang amat berhormat Datuk Seri Najib yang yang juga
presiden parti kita untuk letak jawatan dengar serta merta," katanya
dalam satu sidang media khas semalam.
Umno Cawangan Rista Villa Perdana adalah salah satu cawangan Umno dalam bahagian Sepang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lepaskan jawatan: Umno bukan 'milik' Najib]
Turut bersama beliau semalam, antaranya wakil dari Umno Cawangan Taman
Dengkil Jaya, Kampung Pulau Meranti, Taman Desa Dengkil dan Boundry
Permai.
Dalam pada itu, Rushdan berkata oleh itu satu peralihan kuasa perlu
dilakukan bagi memastikan Umno terus kekal relevan dan mendapat semula
mandat majoriti daripada rakyat.
"Perlu diingat ketika mana pada awal peralihan kuasa Tun Dr Mahathir
Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi , jumlah undi naik mendadak,
sedangkan pemerintahan Tun Abdullah 'teruk' tetapi rakyat hendak satu
peralihan ini kerana apabila seseorang pemimpin itu dirasakan tidak lagi
relevan jadi sepatunya dia digantikan," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment