'Tolong kami, belanja pergi kerja RM50 sehari'
PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan
kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan
kehidupan rakyat sekarang.
Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan
hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana
nilai duit sekarang yang kian mengecil.
"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang
perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10,
bayar parking RM10, habis RM50 sehari.
"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak
sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang
krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.
"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan,
makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati
kami," tulisnya di Facebooknya.
Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini
menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup
rakyat kini.
Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain.
2 orang berkata:
TETAPI yang heranya Presiden Pas dan Mursidol am Pas begitu kuat menyokong Najib,padahal masaalha sekarng kebanyakanya di cetuskan oleh najis sendiri.Ramai rakyat tertekan dengan kos belanja hidup tetapi peminpin ulamk Pas seolah2 tak nampak keslahan dan kesilapan yang dibuat oleh keranjaan Bn ,sekarng ni pun masih nak bersma dengan Humno,apalah nasib Pas nanti ,Pakkaramu pun mungkin jadi Makmarami
Takkan tau nak hentam tghh dan haron din sj dlm hal ni.bengong punya blogger.
Post a Comment