KUALA TERENGGANU - Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk 

Mustafa Ali mempersoalkan motif sebenar Adun Salor, Datuk Husam 
Musa yang kembali membangkitkan isu-isu lama bagi memburukkan
 Pas.

Menurutnya, tindakan bekas Naib Presiden Pas itu agak janggal 

sehingga sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan
 usaha menyatukan Pas dengan Umno adalah benar.

Sedangkan katanya, isu pertemuan dengan Umno selepas PRU12

 pada tahun 2008 itu sudah lama dijawab dan sudah menjadi sejarah.

“Saya sendiri ada jumpa Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun 

Abdullah Ahmad Badawi).. ramai masa itu. Tapi itu semua 
Jawatankuasa Pas Pusat tahu, kenapa nak bangkit yang lama? 
Kenapa tak bangkitkan yang Pas pernah bekerjasama dengan BN 
pada tahun 1974?

“Pas pernah dalam BN. (Tapi) itu semua sudah sejarah, benda

 yang sudah menjadi sejarah.. habis cerita. Saya pernah terangkan
...itu cerita lama. Kenapa nak bawa cerita lama? Sekarang ini kita 
sudah tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Bicara 

Politik & Ekonomi anjuran Papisma dan Badan Penggerak Demokrasi
 & Mobilisasi Rakyat (Demi) di Green Acres Golf and Country Resort
 Kuala Ibai, di sini, lewat petang kelmarin.

Jelas Mustafa lagi, tiada sebarang keputusan dibuat tentang 

kerjasama berkenaan selepas pertemuan itu.

“Buat masa ini Pas tidak ada hasrat atau sebarang keputusan

 tentang penyertaan atau kerjasama dengan Umno...tiada pada
 waktu ini. Dahulu masa PRU12 memang ada bertemu dengan
 Pak Lah tetapi ia sudah habis (selesai).

“Tiada..tiada.. sebarang kerjasama antara Umno dan BN tiada.

 Pendirian Pas pada waktu ini, tidak akan ada kerjasama dengan 
Pakatan Harapan atau Umno. Tetapi kita masih ada kerjasama
 dengan PKR iaitu dengan PR dahulu. Kerjasama ini bukan sahaja
 di Selangor, tetapi kerjasama dengan PKR ini menyeluruh. Memang
 tiada kerjasama antara Amanah dan DAP,” tegasnya.

Ketika ditanya pandangannya tentang Husam, beliau berkata, 

Husam perlu menjawabnya, kenapa mengeluarkan kenyataan 
sedemikian.

“Saya tidak tahu dia..saya pun sudah lama tidak berjumpa dengan

 dia sebenarnya. Saya tidak tahu apa sebab dia keluarkan balik 
cerita lama. Ada agenda atau tidak, kena tanya dia. Saya tidak
 boleh nak baca dia,” katanya.

Ketika ditanya adakah Pas mampu berdiri tanpa ada sokongan

 daripada parti lain, beliau berkata, dalam politik, ada dinamiknya.

“Manusia apabila seorang, akan cari kawan juga. Tidak boleh kalau

 duduk seorang juga. Ada orang yang mungkin nak bersama Pas,
 mungkin ada. Jadi mungkin pada waktu ini, mana-mana yang nak
 berkawan, kita tengok dululah,” katanya
.