Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MU TAK NAMPOK BELAKE MAK SABU TU ADO BAYE-BAYE SAPO !

BAYANGKAN, JIKA PARTI MAT SABU NAK TAWAN KELANTAN. BAYANGKAN KETIKA PAS KELANTAN PUNGUT DIA JADI WAKIL RAKYAT. BAYANGKAN JIKA KELANTAN TAK PUNGUT DIA JADI WAKIL RAKYAT, APA JADI DIA ? BAYANGKAN HARI INI APA DIA NAK LAKUKAN DI KELANTAN ? BAYANGKAN KEBAIKAN ORANG KELANTAN TERHADAP MAT SABU, KEMUDIAN DIA NAK CAKAR BELAKANG RAKYAT KELANTAN !. BAYANGKAN HARI INI APA MAT SABU AKAN BUAT PADA MU ? BAYANGKAN JIKA KELANTAN AKAN JATUH KETANGAN PARTI MAT SABU, BAYANGKAN SIAPA DI BELAKANG MAT SABU DAN PARTI DIA ? - Pak Karamu

Amanah sedia 'selamatkan' Kelantan?
 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu. 

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di sini, malam tadi.

Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. - Bernama

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.