Ingatan buat Husam: Gaji wakil rakyat hak rakyat
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berpendapat, kerajaan
Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan
elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa
Januari tahun hadapan.
Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.
"Apa yang wakil rakyat dapat itu untuk perbelanjaan rakyat jugak.
"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam 'kagum' dengan keberanian Kerajaan Kelantan]
Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.
Dalam pada itu, Idris menyeru Husam supaya meneliti segala data yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan berkaitan isu rumah mangsa banjir.
"Teliti perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, rujuk data, ada progres daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji MB Kelantan naik hingga RM10,000]
Persidangan Dun Kelantan pada Isnin meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

2 orang berkata:
Lebai ni tak paham kot apa husam kata:
1. Tabgguhkan la dulu sbb rakyat pun tgh susah skang nih. Kan elok duit tu guna bantu rakyat yg benar2 menerlukan. Tak mati kot klu elaun tu tak naik kan...
2. Bayar tunggakan gaji cikgu yik yg dah potong gaji bertaun2 berbulan2 tu. Klu tabung haji dan kwsp tu kenalah bayar dgn keuntungannya sekali. Salah klu majikan tak bayar kwsp pekerja. Klu ambik tindakan bole denda atau masuk penjara tu tau tak? Klu 14 juta tu dah settle, nak naik elaun ikut suka la. Dosa lambat2kan hak pekerja neh.
3. Nak naik elaun naiklah lepas rumah2 mangsa banjir yg ribu2 org duduk dlm khemah tu dah settle. Duit elaun klu dah masuk akaun, susah nak kuar bg kat rakyat susah, tau tak. Kang bini mintak emas lah, bapak nak rover lah, anak nak banglo lah....tak sempat dah nak bantu rakyat..
4. Nak naik pun naiklah tapi bior ler berpada2. Ni sampai naik dekat2 seratus peratus ni apa hal. Kskitangan awam kelantan naik ciput, bonus pun belum tentu, tiba2 korang nak naik gaji gedebuk tiga ribu lebih sebolan. Adil ikut agama mana mu nih?
5. Ingat khalifah umar...dia amat takut nak klu terguna harta kerajaan utk kptgn diri dan keluarga. Dia takut kena bakar api neraka. Korang tak boleh ikut mcm dia ker? Klu tak bole ikut, baik korang letak jawatan drp korang mungkin kena bakor api neraka.
KLU TAK PAHAM JUGAK MAKSUD HUSAM, ELOK HANTUK KEPALA TU KAT DINDING.
Kalau mcm tu adalah dicadangkan husam jgn terima kenaikkan tu.bg blk.nampaknya la ni husam sgt kecewa dgn krj kelantan mungkin atas sbb hajatnya yg tak kesampaian.
Post a Comment