Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU LEBIH AKTIF

DAP cuba pecah undi Pas di Selangor
Pas
 
 
SHAH ALAM – Pas Selangor disarankan agar mengerahkan jentera pilihan rayanya untuk mendekati pengundi tanpa mengira batas kaum termasuk dengan bantuan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). 
 
Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yussoff berkata, tindakan itu penting dalam berdepan dengan taktik DAP yang mahu ‘merampas’ kerusi Pas di Selangor.

“Pandangan untuk Pas Selangor, bagi berdepan dengan taktik DAP itu, haruslah Pas melaksanakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Peranan DHPP hendaklah aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau melihat cubaan DAP mengganggu kerusi Adunnya di Selangor itu sebagai taktik memecah undi.

“Sekiranya bertanding di satu-satu kerusi dengan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka akan dibaca sebagai taktik untuk memecah undi. Kesannya parti yang tidak kuat akan kalah. Malah parti yang mencuba pun akan kalah.

“Dalam kes DAP mahu bertanding di lapan Dun yang dimenangi Pas ini dilihat sebagai taktik memecah belah undi Pas.  Maka yang tersirat boleh dibaca, ia satu taktik DAP untuk mengembalikan Umno (BN) di kerusi yang komposisi pengundinya 20-30 peratus bukan Melayu,” katanya.

Jelasnya, jangkaan itu kerana pada pilihan raya umum yang lalu, Pas menang hasil sumbangan pengundi bukan Melayu di Selangor.

“Jika DAP bertanding di situ, bacaan DAP mereka akan dapat undi itu dan bagi DAP pengundi bukan Melayu tak akan undi BN, sebaliknya akan undi DAP. Maknanya Pas akan peroleh undi Melayu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mengumumkan parti itu telah bersedia meletakkan calon sekaligus untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Mengulas lanjut, Wan Nik mengakui bahawa mana-mana parti bebas bertanding untuk mana-mana kerusi namun katanya, perkiraan menang kalah biasanya akan bergantung kepada ketentuan strategi bertanding.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.