HUSAM HANYA AHLI BIASA DIDALAM PARTI, DIA TIDAK PERLU BERSUARA SEPERTI AHLI TERTINGGI PARTI, DIA TAK PERLU MENCADANGKAN SESUATU PADA PAS ATAU PARTI, BUAT MASA INI DIA BUKAN ORANG PENTING DIDALAM PENTADBIRAN PARTI. SEPATUTNYA SEBAGAI ORANG BERPENGALAMAN DIA BOLEH MEMBANTU PARTI NAMUN TIDAK BERLAKU DEMIKIAN KERANA DIA ADA MOTIF BURUK TERHADAP PARTI, SABOTAJ NYA TERHADAP PARTI PERLU DIBERHENTIKAN - Pak Karamu
Tuan Ibrahim pertahan Abdul Hadi kekal presiden
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetap
mempertahankan kedudukan Datuk Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas
yang dilihat masih relevan walaupun pelbagai kecaman terhadapnya.
Tuan Ibrahim berkata, Abdul Hadi juga telah menerima mandat majoriti ahli Pas melalui pemilihan dalam muktamar tahun ini.
"Dalam Pas kita melalui muktamar, kalau dilihat muktamar baru-baru ini
Presiden mendapat undi yang paling tinggi, ini bermakna majoriti ahli
Pas hendakkan Hadi sebagai presiden mereka.
"Jadi soal untuk saya ganti Hadi ini tidak timbul, dan bagi saya,
presiden kekal relevan dan masih mampu untuk menjalankan tugas dan
diterima oleh seluruh ahli Pas," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam: Saya atau Pas yang berubah? ]
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar orang luar parti untuk tidak masuk campur urusan mereka.
"Yang keluar parti tidak perlulah komen apa yang berlaku dalam Pas," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment